Artikel Popular

Wednesday, May 2, 2012

Harga Bijirin dan 50 Restoran Terbaik di Dunia

RABU, 2 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Carta harian The Economist memaklumkan bahawa harga kacang soya meningkat pantas, iaitu AS$15 satu busyel pada akhir April, tertinggi sejak pertengahan tahun 2008, meningkat dalam perniagaan hadapan kepada AS16.63.  Bimbang akan kekurangan bekalan, akibat keadaan cuaca kering di Amerika Selatan (Brazil dan Argentina bersama-sama mewakili 46 peratus pengeluaran kacang soya global). 

Harga kisar kacang soya meningkat sebanyak 40 peratus sejak Januari, yang membawa kepada kenaikan harga daging.  Harga jagung juga meningkat, seperti kacang soya, sebahagiannya adalah kerana permintaan dari China. Harga gandum, beras, dan barang utama lain, menurut carta harian itu, juga meningkat, dan para penganalisis memberikan amaran bahawa harga yang tinggi mungkin berpanjangan. 


Sementara Time memetik majalah Restaurant yang menyenaraikan 50 buah restoran terbaik di dunia, dengan restoran Noma di Denmark, menduduki tangga pertama untuk tiga tahun berturut-turut, tetapi Amerika Syarikat boleh berbangga dengan jumlah terbanyak, iaitu lapan buah restoran. Enam buah restoran dari Asia turut tersenarai, iaitu Jepun dan Singapura masing-masing dua buah, dan Hong Kong dan Thailand masing-masing sebuah. 

Senarai itu menuru, laman web tersebut, ditentukan oleh input daripada 800 cerdik pandai restoran antarabangsa. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...