Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar hari ini membuat semakan menurun terhadap unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2011 kepada 4.6 peratus berbanding dengan unjuran sebelum ini, 5.2 peratus. Unjuran itu berdasarkan kelembapan pertumbuhan eksport akibata ketidakpastian ekonomi global dan serantau.
Sememangnya, unjuran terbaharu MIER tidak memeranjatkan sama sekali jika dilihat pertumbuhan suku kedua tahun ini untuk Malaysia dan beberapa negara lain, yang telah pun dinyatakan dalam beberapa penulisan dalam blog ini pada bulan Ogos dan September.
Dalam tempoh tersebut, KDNK Malaysia berkembang sebanyak 4.0 peratus berbanding dengan 4.9 peratus suku pertama, kerana sektor pembuatan lemah berikutan persekitaran luaran yang lemah. Seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara, sektor pembuatan diasak oleh kelemahan keseluruhan dalam ekonomi maju dan gangguan rantaian bekalan pembuatan global akibat bencana di Jepun.
Hanya yang memeranjatkan ialah apabila dalam pembentangan Belanjawan 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul menganggarkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahu 2011 adalah antara lima hingga 5.5 peratus. Dari segi matematik yang mudah, kalau dua suku tahun yang awal gagal mengatasi lima peratus, bagaimana dua suku yang akhir mampu menampung "kekurangan" pencapaian ini. Lebih daripada itu, seperti yang diketahui, suku tahun ketiga (Julai - September) tahun ini, penuh dengan pancaroba: pasaran saham global lintang-pukang, zon euro di tebing kehancuran, dan Amerika Syarikat bergelut dengan kebekuan ekonomi dan kelumpuhan politik.
Sesungguhnya, Najib dalam pembentangan Belanjawan 2012 itu terlalu optimistik sehingga langsung tidak di bumi nyata. Di tengah-tengah kebimbangan bahawa kemungkinan ekonomi maju terhumban ke dalam kebekuan yang besar, Najib masih mengimpikan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini adalah lima peratus. Beliau mengharapkan permintaan domestik, antaranya pemberian bonus setengah bulan kepada penjawat awam yang akan dibayar pada bulan Disember dapat memacu pertumbuhan.
Untuk mencetuskan permintaan domestik bergantung pada pendapatan boleh guna keseluruhan rakyat Malaysia dan bukannya penjawat awam yang kira-kira 1.2 juta orang. Penjawat awam mungkin bersorak keriangan dengan belanjawan tahun hadapan, tetapi tidak pekerja dalam sektor swasta yang jumlahnya lebih besar. Malahan, ada yang mengatakan bahawa Belanjawan 2012 itu lebih tertumpu pada penjawat awam, dan bukannya untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya, terutamanya pekerja sektor swasta yang begitu hampa dengan belanjawan itu.
Sesetengah pengulas mengatakan bahawa Belanjawan 2012 ialah belanjawan pilihan raya umum yang akan datang. Jika demikian, belanjawan itu berkemungkinan besar merupakan Waterloo untuk Najib Razak yang nampaknya tidak mempunyai fikiran yang jelas.
Pada bulan depan, laporan pertumbuhan KDNK suku ketiga akan dibentangkan, dan ketika itu akan terbukti, sama ada Najib mimpi siang hari atau kakinya masih berpijak di bumi.

No comments:
Post a Comment