Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Setiap kali saya melihat cucu perempuan saya yang kini berusia lebih dua tahun setengah begitu tekun melihat majalah Dewan Pelajar lalu terbayang pada fikiran saya adakah apabila dia remaja atau dewasa kelak, majalah dalam bentuk bercetak ini terus wujud? Saya yakin bahawa sebagaimana dengan kanak-kanak yang lain, dia terus membaca, tetapi mungkin tidak sama dengan apa yang dibaca sekarang. Ketika itu, e-buku dan bahan digital akan membanjiri dan menguasai pasaran berbanding dengan p-buku dan bahan bercetak yang lain.
Pada Februari tahun ini, Josh Quittner yang muncul dalam Fortune, menulis bahawa anak perempuannya berusia 12 tahun melanggani majalah Vogue. "Majalah, buku, akhbar," tulis beliau, "semua bahan bercetak dianggap akan mati. Halaman iklan, yang merosot secara berterusan, jatuh 26 peratus pada tahun 2009 sahaja. Akan tetapi, di sini, pasti beberapa bukti bahawa penerbitan mungkin masih ada peluang. Jika remaja yang sebaliknya menghabiskan setiap masa jaga pada komputer riba masih mendambakan perkataan bercetak. maka mungkin, hanya mungkin masih ada sedikit pertumbuhan baru dalam media lama."
Bagi beliau, "Lebih dalam saya fikir tentang perkara ini, lebih banyak saya memutuskan bahawa ada berita baik untuk evolusi industri penerbitan di sini, dan berita yang lebih baik. Berita baik ialah bahawa yang berusia 12 tahun, sebagaimana ibu bapa mereka dan ibu bapa mereka sebelum mereka bersusah payah mencari penebitan pertama majalah pada tahun 1731 (tahun datuk Charles Darwin lahir), masih seronok dengan medium ini. Akan tetapi, mereka mahu medium ini disampaikan dengan cara yang lebih berguna dari segi eksponen."
Quittner dengan penuh yakin mengemukakan 10 bacaan bijak masa depan bercetak.: kehadiran iPad dan komputer tablet lain merupakan pelengkap atau memberikan nilai ditambah kepada industri penerbitan. Satu daripada lima soalan yang beliau kemukakan ialah tentang pembacaan yang sesetengah orang jangka akan mati. Untuk menafikan jangkaan tersebut, beliau merujuk sumber Magazine Publishers Association, bahawa sebanyak 174.5 juta orang melanggani majalah pada tahun 1970; jumlah itu meningkat secara stabil dan tekal dari tahun ke tahun, iaitu kepada 324.8 juta orang pada 2008.
Demikian juga Stanley Bing yang menulis dalam Fortune, tentang masa depan percetakan, mempertahankan industri penerbitan. "Mereka yang membuat keputusan dalam industri majalah, akhbar, dan buku mungkin berkabung kematian mereka datang awal. Dan, mereka yang masih melihat beberapa harapan dalam kertas mungkin mengatur kedudukan mereka jauh lebih baik untuk peluang yang menunggu di hadapan."
Pada hari Sabtu semalam, The Star menyiarkan bahawa percetakan masih menjadi raja dalam kalangan elit perniagaan di Asia, dengan mengemukakan data yang lengkap yang dipetik daripada kajian Ipsos MediaCT. Walaupun mereka semakin mengakses kandungan media menerusi platform digital, 98 peratus masih menggunakan media bercetak dan 81 peratus televisyen pada asas bulanan.
Berbicara tentang pembacaan tentunya tidak lengkap jika tidak dinyatakan bahawa pemilihan bahan pembacaan menjejaskan kehidupan seks pembaca berkenaan, menurut pandangan ahli psikologi, seperti yang diterbitkan dalam The Guardian lebih dua bulan lalu. Fiksyen romantik mengganggu idea pembaca tentang apakah mereka jangkakan daripada perhubungan kehidupan sebenar.
Pastinya, penulis terus menulis, pembaca terus membaca.

JOURNEYMAN (bukan "journey of man," ya?), saya mengalu-alukan hasrat murni sdr itu, saya tidak ada apa-apa halangan. Tentang komen yang saya kemukakan itu tidaklah mendalam dan analitis kerana, seperti yang kita ketahui, para pembaca dalam talian, termasuk diri saya sendiri, mahu bergerak pantas. Lagipun, saya ada "pautkan" dengan pelbagai sumber jika ada yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam. Sebenarnya, blog saya sekadar memenuhi hasrat saya untuk mengembangkan bahasa Melayu dalam media sosial - meneruskan usaha saya ketika berkhidmat di DBP, sebelum bersara.
ReplyDelete