Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Meskipun Utusan Malaysia memberikan liputan tentang Himpun, di bahagian dalam akhbar itu terkandung suatu maklumat yang menarik perhatian saya, iaitu Operasi Banci Ekonomi 2011 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Yang antaranya mengandungi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per Kapita Mengikut Negeri, 2006 - 2010 (pada harga semasa, RM).
Daripada 15 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, sejak tahun 2006 hingga 2010, KDNK per kapita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah yang teratas; untuk tahun 2010 KDNK per kapita ialah RM55,951, manakala Kelantan yang terendah, RM8273. Sementara Pulau Pinang menduduki tempat kedua tertinggi, iaitu RM33,456, diikuti oleh Sarawak, dengan RM33,307, dan seterusnya Selangor, dengan RM31,363. Jika dibandingkan dengan 2006, setiap negeri menunjukkan peningkatan KDNK per kapita pada 2010.
Pada tahun 2009, akibat kemelesetan, KDNK per kapita semua negeri, kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengalami kejatuhan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, iaitu tahun 2008.
Namun, agak memeranjatkan bahawa Perak yang pernah dianggap "negeri maju," tetapi KDNK per kapita tahun 2010 ialah RM16,088, lebih rendah daripada Wilayah Persekutuan Labuan (RM29,116), Negeri Sembilan (RM27,485), Melaka (RM24,697), Pahang (RM22,743), Johor (RM20,911), dan bahkan Terengganu (RM19,225) serta Sabah (RM17,242).
Tentang KDNK per kapita negeri kelahiran saya, iaitu Terengganu yang boleh dikatakan masih rendah secara relatifnya, saya sering tertanya-tanya apakah hasil mahsul negeri, iaitu minyak tidak dimanfaatkan untuk memajukan negeri itu dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyatnya?
Setiap kali saya pulang ke kampung halaman saya, kalau saya tidak memandu sendiri, saya akan gemar memerhatikan dari Kemaman ke Kuala Terengganu, masih terdapat rumah yang terlalu uzur, yang mencerminkan kedaifan penghuninya. Sepanjang perjalanan itu juga saya melihat penduduk tempatan yang menjaja di gerai yang ala kadar, menjual air nira, tembikai, jagung, madu lebah, dan sebagainya. Terlintas dalam kepala saya, mengapa kerajaan negeri tidak menyediakan gerai tersusun supaya mereka boleh menjaja dengan sempurna dan sekali gus memberikan nilai ditambah kepada barang yang mereka jual, seperti penjualan lemang di Kijal.
Bahkan, gerai yang menjual jenama Terengganu yang terkenal, seperti kain batik, keropok, dan hasil laut, masih "kurang menarik," meskipun gerai berkenaan elok sedikit daripada gerai yang dinyatakan di atas.
Memang saya akur bahawa dari segi politik, sejak tahun 1999, pucuk pimpinan negeri sering berubah. Mungkin tidak banyak yang setiap Menteri Besar dapat lakukan, daripada Abdul Hadi Awang kepada Idris Jusoh kepada Ahmad Said. Namun, ada seorang Menteri Besar yang menerajui Terengganu selama 25 tahun sehingga beliau ditumbangkan oleh rakyat Terengganu sendiri.
Yang sering menimbulkan kemusykilan dalam diri saya: Apakah Menteri Besar berkenaan lakukan selama suku abad? Perlu dinyatakan bahawa sebaik-baik sahaja beliau menjadi Menteri Besar, hasil minyak ditemui, dan dengan itu, Terengganu tidak lagi bergantung pada kelapa sawit semata-mata dan tidak lagi bergantung pada bijih besi yang pupus.
Saya percaya bahawa untuk meningkatkan KDNK per kapita negeri, sesungguhnya bergantung pada kedinamikan dan keprogresifan pucuk pimpinan setiap negeri. Tanpa menafikan bahawa memang ada negeri yang "bernasib baik" kerana mempunyai hasil mahsul, dan ada negeri yang mempunyai kelebihan kerana adanya infrastruktur yang boleh menarik para pelabur.
KDNK per kapita tersebut juga mencerminkan pembangunan tidak seimbang dan jurang agihan pendapatan yang luas antara negeri di Malaysia - sesuatu yang tidak wajar dibiarkan berterusan.
Suatu persoalan di sini, berapa banyak negeri yang KDNK per kapita masing-masing mengatasi KDNK per kapita Malaysia?

No comments:
Post a Comment