Artikel Popular

Sunday, June 2, 2013

Sanskrit Menjelajah Dunia

AHAD, 2 Jun 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

S.A.P.  yang menulis dalam The Economist, membahaskan pengaruh bahasa Sanskrit hampir ke seluruh dunia, termasuk di Dunia Melayu. Menurut beliau, fokus utama terhadap pengajian bahasa di India, pastinya Sanskrit, dan bahasa ini memainkan peranan  penting dalam pembangunan linguistik India.  Sepanjang hayatnya, Sanskrit, menjelajah hingga ke Indonesia, Jepun, dan Afghanistan melalui utusan agama Hindu dan Buddha.

Tambah S.A.P., perkataan Sanskrit menyerap ke dalam bahasa, seperti Thai, Burma, Khmer, Jawa, Bali, Melayu, dan Indonesia.  Untuk contoh yang jelas, perhatikan, Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, berasal daripada suvarnabhumi  Sanskrit, yang bermaksud "tanah keemasan," atau Singapura, daripada simhapura, yang bermaksud "kota singa."

Indianisasi zaman pertengahan di Asia Tenggara, menurut S.A.P. lagi, kebanyakannya diterajui oleh orang yang bertutur dalam bahasa Tamil, bahasa Dravidian utama.  Mereka menyebarkan kedua-dua bahasa, iaitu Tamil dan Sanskrit, bersama-sama dengan agama, ke tempat, seperti Kemboja, dan Kepulauan Indonesia.  Hampir seribu tahun kemudian, orang yang bertutur Tamil sekali muncul di Asia Tenggara, dibawa ke tempat, seperti Singapura dan Malaysia sebagai hamba terikat untuk penjajah Inggeris pada tahun 1700-an dan 1800-an.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...