Artikel Popular

Monday, June 10, 2013

Pasaran Buruh AS Terus Muram

ISNIN,  10  Jun 2013
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH


Laporan terbaharu tentang pekerjaan di Amerika Syarikat, menurut Biro Perangkaan Buruh,   menunjukkan majikan menambah 175,000 pekerjaan pada Mei 2013, dan kadar pengangguran meningkat kepada 7.6 peratus daripada 7.5 peratus. 

Dengan laporan itu, pasaran buruh yang sepatutnya menamatkan tempoh Presiden Barack Obama dalam satu penggal, nampaknya terus muram, dan merupakan berita buruk untuk orang yang tanpa pekerjaan selama enam bulan atau lebih.  Bilangan golongan tersebut kekal seperti pada April, iaitu pada 4.4 juta orang.

Matthew O'Brien dalam ulasannya membayangkan bahawa berakhirnya pertumbuhan pekerjaan di Amerika Syarikat.  Untuk menampung pertumbuhan penduduk, hujah beliau, ekonomi perlu menambah kira-kira 150,000 pekerjaan baru setiap bulan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...