Artikel Popular

Thursday, June 13, 2013

Pasaran Saham Global Merudum

KHAMIS, 13  Jun 2013
Oleh:  ZULKIFLI   SALLEH


Setelah berbulan-bulan kukuh dalam wilayah 15,000 mata, akhirnya   Purata Perindustrian Dow Jones (Dow) berundur, apabila indeksnya jatuh  kepada 14,995.23 mata pada 12 Jun. Pasaran saham Amerika Syrikat itu jatuh selama tiga hari berturut-turut berikutan berlakunya kejutan di Jepun apabila Nikei jatuh enam peratus dan nilai mata wang yen meningkat berbanding dengan dolar.

Hari ini, pasaran saham global, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, Bloomberg, dan Business Insider, merudum. Kejatuhan ini dikaitkan dengan ramalan terbaharu Bank Dunia bahawa ekonomi global hanya berkembang 2.2 peratus pada tahun 2013. Bank Dunia  pada Januari lalu,  meramalkan  bahawa ekonomi dunia berkembang 2.4 peratus pada tahun ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...