Artikel Popular

Monday, February 11, 2013

Belanjawan Kesatuan Eropah: Kemenangan Jaguh Jimat-cermat

ISNIN, 11 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Selepas perbincangan sengit selama 36 jam, para pemimpin Kesatuan Eropah yang berhimpun di Brussels mencapai keputusan yang dianggap sebagai kemenangan untuk jaguh jimat-cermat.  Hal ini demikian kerana dengan kredit maksimum bernilai AS1.3 trilion untuk tempoh 2014 - 2020, perbelanjaan sebenar dihadkan sekitar AS$1.2 trilion.  Secara keseluruhan, dokumen menunjukkan tiga peratus potongan daripada rancangan yang meliputi tahun 2007 hingga 2013, pemotongan belanjawan pertama dalam sejarah Kesatuan Eropah. 

Persetujuan yang diumumkan pada petang Jumaat lalu merupakan kemenangan untuk Perdana Menteri David Cameron dan sekutu belanjawan beliau dari Jerman, iaitu Canselor Angela Merkel.  "Kemenangan untuk helang jimat-cermat yang diterajui oleh Britain dan Jerman, menumpaskan merpati jimat-cermat yang diterajui oleh Perancis," ulas Stephanie Blankenburg

Meskipun terbukti bahawa jimat-cermat lebih membawa keburukan daripada kebaikan, seperti yang berlaku terhadap United Kingdom yang terpaksa menanggung lebih banyak hutang - memetik John Cassidy, kebanyakan pemimpin Eropah mendakap mesra langkah itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...