Artikel Popular

Tuesday, July 17, 2012

Kontroversi Pakaian Seragam Olimpik: Buatan China, Buatan Burma

SELASA, 17 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Untuk melihat anggota Kongres Amerika Syarikat yang terdiri daripada Demokrat dan Republikan seia dan sekata dalam satu-satu isu, memang sukar, contoh terbaharu apa yang berlaku terhadap Disclose Act,  yang disekat oleh anggota Senat Republikan.

Walau bagaimanapun, dwipartisan tidak sama sekali mati apabila baru-baru ini, anggota Kongres daripada kedua-dua parti bercakap senada tentang pakaian seragam pasukan Olimpik Amerika Syarikat yang dibuat di China, yang  didedahkan oleh ABC News, mencetuskan keberangan mereka

Ralph Lauren dan Jawatankuasa Olimpik, tegas Speaker Dewan Perwakilan, John Boener (Republikan), sepatutnya "tahu lebih baik."  "Saya fikir, Jawatankuasa Olimpik sepatutnya berasa malu pada diri mereka sendiri," kata Harry Reid (Demokrat), Pemimpin Majoriti Senat.

Namun, agak sukar untuk mengatakan bahawa pendirian anggota Kongres itu merupakan "sindrom menghentam China," seperti yang diperkatakan dalam The Economist, setiap kali  berlangsungnya Pilihan Raya Presiden. 

Tatkala Mitt Romney terhuyung-hayang akibat serangan bertalu-talu daripada kempen Obama tentang penglibatan bakal calon Presiden itu dalam Bain Capital  dan  terjebak dalam masalah politik selepas tahun 1999, terbongkar penyumberluaran  Olimpik Musim Sejuk di Salt Lake City, yang diterajui oleh Romney.  Menurut The Huffington Post, Romney menyumberluarkan pakaian seragam pembawa obor kepada Burma.  Jawatankuasa Penganjur dikatakan keliru antara Burma dengan Myanmar - seperti dua buah negara yang berbeza.  

Justeru, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, Mitt Romney mengambil sikap berdiam diri apabila beliau ditanya tentang kekecohan pakaian seragam yang dibuat di China itu.  Akhbar itu  mengadakan wawancara dengan Susan Bonfiel, pembawa obor Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2002, yang Romney ialah pengerusinya. Susan memberitahu bahawa dia naik berang apabila mendapati pakaian seragamnya dibuat di Burma (Myanmar). 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...