Artikel Popular

Friday, July 20, 2012

Buah Afrika Jadi Pilihan

JUMAAT,  20 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Di negara kita, selain "Mat Bangla,"  "Mat Afrika" turut menjadi pilihan gadis dan wanita tempatan yang kadangkala menyebabkan "Mat Malaysia" memendam rasa, menggigit jari, mengenang nasib diri.    Mengapa kedua-dua "Mat" ini  menjadi idaman mereka, tidak dapat dipastikan, tetapi yang jelas, "yang gelap juga dipandang orang!"  Kalau  diibaratkan sebuah pokok, maka yang mempunyai daya tarikan mungkin daunnya, dahannnya, batangnya, ataupun buahnya, bergantung pada selera masing-masing.

Dipendekkan cerita, buah Afrika memang mengandungi khasiatnya, seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, untuk gaya hidup sihat.  Di Amerika Syarikat, menurut akhbar Internet itu, "Mempelam Afrika" mendapat sambutan dalam pasaran kerana mampu mengurangkan berat badan.  Di negara itu, industri diet bernilai AS$40 bilion melalui prosedur pembedahan dan drug yang keberkesanannya agak minimum.

Kini, rakyat negara itu mempunyai pilihan, iaitu perahan Mempelam Afrika yang selamat, berkesan, dan tidak mahal.  Mempelam ini juga dikenali Mempelam Belukar, menurut laporan, dapat mengurangkan berat badan tujuh paun dalam satu bulan.

Bagi kaum wanita Malaysia terutamanya, yang ingin mengurangkan berat badan supaya kelihatan ramping, maka eloklah mencuba Mempelam Afrika yang terbukti khasiat dan keberkesanannya. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...