Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kadar pengangguran di zon euro, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, Bloomberg, dan BBC, mencecah rekod tertinggi, iaitu 12.2 peratus pada April, dengan kadar orang muda yang tanpa pekerjaan meningkat sedikit kepada 24.4 peratus daripada 24.3 peratus pada Mac.
Dengan kadar pengangguran yang tinggi itu, maka jimat-cermat terus mencari mangsanya, dan nampaknya zon mata wang bersama itu terus lemah dalam genggaman jimat-cermat yang dianggap memusnahkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi.
Tatkala jimat-cermat terus diperdebatkan, zon euro, termasuk Eropah, terus terbenam dalam kemelesetan yang nampaknya semakin sukar untuk mencari jalan keluar, bahkan mencetuskan keberangan rakyat di zon berkenaan, yang terbaharu di Frankfurt: protes antikapitalis.
Sebenarnya, debat tentang jimat-cermat semakin hangat apabila melibatkan Carmen Reinhart dan Kenneth Rogoff di satu pihak, dengan Paul Krugman di pihak yang lain. Walaupun pihak yang terlibat mempertahankan hujah masing-masing dan enggan "mengaku kalah," seperti yang dilaporkan, kadar pengangguran di zon euro terus meningkat.
No comments:
Post a Comment