Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kebebasan akhbar tahun 2013 menunjukkan Malaysia di tangga ke-146, tergolong dalam kategori tidak ada kebebasan, bersama-sama beberapa negara lain di rantau ini, antaranya Thailand, Singapura, dan Brunei. Sementara Filipina dan Indonesia dalam kategori bebas sebahagian.
Laporan Freedom of the Press tahunan yang dikeluarkan oleh Freedom House, seperti yang dipetik oleh Karin Deutsch Kalkekar, mengukur persekitaran yang para wartawan beroperasi, di samping akses kepada berita dan maklumat, menunjukkan bahawa media dunia sering menghadapi tekanan yang kian meningkat dalam pelbagai latar politik. Keseluruhan kemerosotan tahap kebebasan media global, yang berbeza dengan penambahbaikan tahun lalu, adalah dipacu oleh kemerosotan dalam kebanyakan setiap wilayah dunia.
Bagi Malaysia, laporan itu membangkitkan antaranya dasar dan sikap kerajaan Malaysia terhadap golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT), penahanan penulis warga Arab, Hamza Kashgari tekanan kerajaan terhadap bloger, penangkap penunjuk perasaan dan wartawan semasa perarakan pada 28 April tahun lalu, dan larangan kerajaan terhadap perhimpunan secara aman.
Arch Puddington yang menulis dalam Foreign Policy, yang turut memetik laporan kebebasan akhbar itu, dengan memberikan tumpuan terhadap 10 buah negara yang teruk untuk wartawan, iaitu Korea Utara, Turkmenistan, Uzbekistan, Eritrea, Belarus, Cuba, Iran, Equatorial Guinea, Syria, dan Bahrin.
No comments:
Post a Comment