Artikel Popular

Saturday, June 1, 2013

Generasi yang Hilang: Eropah dalam Bahaya

SABTU, 1 Jun 2013
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH


Orang muda, seperti yang dilaporkan, hampir tiga kali berkemungkinan tidak mempunyai pekerjaan jika dibandingkan dengan orang dewasa.  

Dengan kata lain, kadar pengangguran  belia di dunia adalah tinggi.  Menurut Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO), kadar pengangguran  belia jatuh selepas mencecah paras tertinggi, iaitu 12.7 peratus pada tahun 2009, meningkat semula pada tahun 2013, kepada 12.6 peratus, yang meliputi golongan yang berusi antara 15 tahun hingga 24 tahun.  ILO juga meramalkan bahawa kadar itu mencecah 12.8 peratus pada tahun 2018.

Sementara itu, di zon euro, laporan terbaharu  menunjukkan kadar pengangguran mencecah  tahap tertinggi, iaitu 12.2 peratus pada April, dengan 25 peratus  golongan yang berumur 25 tahun ke bawah tanpa pekerjaan.  

Derek Thompson yang mengulas laporan itu, mengingatkan bahawa krisis pengangguran belia benar-benar menakutkan.  Di Sepanyol, kadar pengangguran meningkat lebih 56 peratus, dan Greece kini mendahului dunia kaya dengan 62.5 peratus tenaga kerja  belia di negara itu tanpa pekerjaan.  Sejak April 2012, pengangguran belia Greece tumbuh kira-kira satu titik peratusan sebulan.  Pada kadar ini, hujah Thompson, boleh mengatasi 70 peratus pada awal 2013 - boleh naik gila untuk membayangkan kadar pengangguran belia 70 peratus di dunia maju.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...