Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Demokrasi selalunya dianggap berjalan seiringan dengan kapitalisme, meskipun keserasian antara kedua-duanya tidak selalunya indah. Krisis ekonomi yang melanda sejak beberapa tahun lalu, terutamanya di Eropah, seperti yang berlaku di Italy dan Greece, demokrasi terpaksa dikorbankan demi menyelamatkan kapitalisme.
Selain itu, disfungsi politik, seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, boleh menyebabkan demokrasi dalam kesusahan, menurut E.J. Dionne yang menulis dalam +Washington Post. Selepas seminggu dilanda skandal, hujah beliau, yang mendorong ibu negara itu dan media akhirnya mengabaikan masalah yang para pengundi ambil berat, iaitu pekerjaan, pendapatan, pertumbuhan, peluang, pendidikan, maka berbaloi untuk ditanya sesuatu, terutamanya kecacatan tentang demokrasi di negara itu.
Walau bagaimanapun, distemper politik bukannya terbatas di Amerika Syarikat, sebaliknya tegas Dionne, hampir di seluruh negara demokratik, wujud rasa tidak sabar berkaitan dengan keletihan dengan sistem pilihan raya dan kelas politik. Sementara warganegara berasa tidak puas hati akibat kelembapan ekonomi, demokrasi pula dalam bahaya kerana diperlekeh.
Teka-teki, seperti ini, hujah Dionne bukan sukar untuk ditemui di peringkat global, dan bukannya fenomena Amerika Syarikat semata-mata, dengan memetik Mark Mazower, "adakah demokrasi tiba di penghujungnya?" dan politik pilihan raya menempuh dekad yang teruk.
No comments:
Post a Comment