Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Baik melalui rangkaian sosial, seperti Facebook, mahupun pada tembok atau poster, pastinya kita sering terpandang iklan tentang "ubat kuat lelaki." Dengan menggunakan ubat atau petua yang dicadangkan itu, "kekuatan" lelaki terjamin dan wanita "naik stim."
Bagi pasangan suami isteri yang "galak" bersetubuh, anda tidak sepatutnya berasa malu. Hal ini demikian kerana selain memenuhi keinginan dan keperluan naluri membara anda, kajian yang dipetik secara meluas, antara oleh CBS News dan The Huffington Post, yang mendapati bahawa orang yang mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya empat kali seminggu mampu menghasilkan banyak wang.
Kajian selama setahun yang melibatkan 7500 isi rumah Greece, antaranya menanyakan responden berapa kali mereka mengadakan hubungan seks dalam seminggu, sama ada mereka bekerja, berapa banyak wang yang mereka hasilkan, dan berapa jam seminggu mereka bekerja. Kajian itu mendapati bahawa dua faktor salilng berkait. Orang yang kerap mengadakan hubungan seks cenderung menjadi gembira, mempunyai harga diri yang tinggi, keupayaan taakulan yang lebih baik, dan kurang kemungkinan mengalami kemurungan. Penyelidikan lain mendapati bahawa pekerja yang mempunyai masalah kesihatan cenderung menghasilkan kurang wang kerana produktiviti yang terhad dan dalam sesetengah keadaan, diskriminasi.
Ringkasnya: Lebih banyak hubungan seks menjadikan anda sihat dan gembira. Dan orang sihat dan gembira cenderung menghasilkan lebih banyak wang.
Sememangnya, ada kebaikannya kerap mengadakan hubungan seks, tetapi pastikan dengan pasangan masing-masing, dan bukannya dengan sembarangan, seperti yang dilakukan oleh guru wanita di Amerika Syarikat dan sewenang-wenangnya, seperti yang berlaku dalam kalangan remaja di Denmark.
Mampukah anda mengadakan hubungan seks sekerap yang dicadangkan itu? Tepuk dada tanya selera!
No comments:
Post a Comment