Artikel Popular

Friday, August 17, 2012

Obama Lebih Baik untuk Ekonomi Global

JUMAAT, 17 Ogos 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH



Penerimaan global terhadap dasar Presiden Barack Obama, menurut Pew Research Center, merosot dengan ketara sejak beliau mula-mula menjadi Presiden.  Sebagai akibatnya, keyakinan terhadap beliau dan sikap terhadap Amerika Syarikat, jatuh secara sederhana.

Walau bagaimanapun, carta harian The Economist,  menunjukkan bahawa sentimen perniagaan global lebih  optimis terhadap  Barack Obama berbanding dengan pencabarnya, Mitt Romney. Obama dianggap lebih baik untuk ekonomi dunia.  Kepresidenan Obama juga dianggap lebih baik untuk perniagaan, dengan sokongan kuat daripada pihak kerajaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan, farmasi, dan bioteknologi.  Para eksekutif di setiap wilayah yang ditinjau pendapat mereka, menyatakan Presiden Obama lebih baik untuk syarikat mereka, kecuali ahli perniagaan di Amerika Utara, yang memilih Romney.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...