Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sumpahan dalam keluarga, banyak wanita India dibunuh, lapor al-Jazeera. Di kota-kota di India yang dikatakan banyak lelaki, wanita memberitahu bahawa mereka takut berjalan sendirian atas alasan keselamatan mereka. Dalam gerabak kereta api yang penuh sesak, wanita di negara itu menjadi mangsa gangguan seks harian. "Sebagai wanita di India," tulis Mira Kamdar, "saya belajar takut akan lelaki" mencerminkan layan buruk terhadap wanita setiap hari.
Pada pertengahan Disember lalu, tersebar berita wanita dirogol di dalam bas di New Delhi, yang mencetuskan persoalan tentang masa depan untuk negara itu, dan kemudian mangsa tersebut meninggal dunia di hospital di Singapura. Kejadian itu mencetuskan keberangan orang ramai dengan bertindak melancarkan protes, manakala ayah si mangsa menggesa nama anaknya dihebahkan di seluruh dunia. Setakat ini, lima orang lelaki yang dituduh merogol dan membunuh wanita itu tidak mengaku salah.
Sebenarnya, wanita dirogol di dalam bas dilaporkan juga berlaku di tempat lain di negara itu. Bagi wanita mangsa rogol pula, sesetengahnya bertindak membunuh diri daripada menanggung keaiban dan truma, dan sekali gus tindakan mereka ini mencerminkan kegagalan kerajaan untuk bertindak.
"Demokrasi kosong India tidak mampu melindungi warganya," ulas Pankaj Mishra tentang nasib malang yang menimpa wanita di negara demokrasi terbesar di dunia. Pendirian ahli politik terkenal tentang kejadian rogol yang mengaibkan India itu, seperti Rahul Gandhi dan Narendra Modi, banyak menimbulkan persoalan daripada mengemukakan penyelesaian.
Bagi wanita miskin pula, seperti yang dilaporkan dalam The Guardian, mereka dipaksa untuk terjebak dalam pelacuran di Timur Tengah, seperti Arab Saudi, Bahrain, dan Amiriah Arab Bersatu. Delhi dan Bangalore merupakan pusat penyeludupan wanita India ke rantau tersebut.
Dalam pada itu, wanita India, menurut al-Jazeera, yang memetik makalah dalam Mother Jones, memesatkan industri "kongsi rahim," dengan 25,000 pasangan melawat negara itu untuk mendapatkan khidmat wanita di sana. Wanita di negara itu, mempunyai kurang peluang ekonomi, mungkin "kongsi rahim" satu-satunya industri yang terbentang luas untuk mereka.

No comments:
Post a Comment