Artikel Popular

Tuesday, February 19, 2013

"Reader's Digest" Dibebani Hutang, Time Inc. Jatuh

SELASA, 19 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Matthew Yglesias yang menulis dalam Slate seolah-olah menyesali nasib yang menimpa  kedai buku Barnes & Noble.

Sementara dalam dunia permajalahan, syarikat induk  Reader's Digest dilaporkan memfailkan perlindungan kemuflisan untuk kali kedua dalam masa kurang empat tahun, dengan alasan syarikat perlu memotong hutangnya supaya dapat meneruskan penyusunan semula.

RDA Holding Co.  memberitahu bahawa syarikat akan meneruskan penerbitan ketika kemuflisan.  Syarikat yang beribu pejabat di New York itu memberitahu lewat Ahad bahawa syarikat merancang memotong hutangnya sebanyak 80 peratus ketika penyusunan semula, meletakkan syarikat dalam hutang kira-kira AS$100 juta. 

Rancangan Time  Inc. untuk memecat kira-kira 500 orang stafnya dan menjual beberapa majalah kepada Meredith, terus mendapat perhatian.  Michael Wolff yang menulis dalam +The Guardian, menyifatkan kejatuhan Time Inc adalah berkait dengan kepimpinan yang buruk dan bukannya kerana industri yang tenat.  Tatkala Time Inc kelihatan terumbang-ambing, majalah keluarannya, iaitu +Sports Illustrated muncul dengan  kulit depannya yang dianggap rasispakaian renang yang menyelamatkan syarikat itu

Jelas bahawa dunia permajalahan yang berkecamuk:  banyak majalah yang berkubur, berpindah tangan, tetapi tidak kurang pula yang  segar bugar mampu meneruskan kelangsungan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...