Artikel Popular

Friday, February 15, 2013

Dunia Majalah Resah

JUMAAT, 15 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Mulai awal tahun ini, Newsweek tidak lagi diterbitkan dalam edisi bercetak, sebaliknya diterbitkan dalam digital sepenuhnya. Pada akhir bulan lalu, Time Inc. dilaporkan akan memecat kira-kira 500 orang stafnya. Dengan langkah itu, Time Inc. cuba menyelamatkan kira-kira AS$100 juta, memandangkan jualan iklan dan penerbitan dan hasil langganan semuanya merosot.

Yang terbaharu, gergasi media, iaitu Time Warner, menurut Fortune, memulakan perbincangan untuk mengasingkannya daripada Time Inc., bahagian penerbitan yang menyumbangkan AS$3.4 bilion dari segi hasil tahunan. Meredith,  yang beribu pejabat di Des Moines, iaitu penerbit Family dan Ladies' Home Journal berbincang dengan Time Warner untuk membeli beberapa majalah. 

Kebanyakan majalah yang diterbitkan oleh Time Warner, seperti People, InStyle, dan Real Simple, akan dikeluarkan dan dijual kepada Meredith.  Syarikat tersebut hanya mengekalkan penguasaan sekurang-kurangnya tiga majalah, iaitu Time, Sport Illustrated, dan Fortune.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...