Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Carta harian The Economist menunjukkan bahawa berbanding dengan lelaki, wanita juga kuat merokok. Perbandingan antara negara terpilih menunjukkan bahawa wanita di Poland paling kuat merokok, iaitu 15.5 batang sehari, diikuti oleh wanita di Amerika Syarikat, iaitu 15.2 batang sehari, manakala lelaki di masing-masing negara ialah 18.3 batang dan 18.2 batang sehari. Bahkan di India, wanita menghisap 7.0 batang berbanding dengan lelaki 6.1 batang sehari.
Negara lain yang wanita kuat merokok setiap hari ialah China (12.8 batang), Rusia (12.7 batang), Uruguay (12.5 batang), Brazil (12.4 batang), dan Turki (12.2 batang). Hanya Mesir dan Bangladesh menunjukkan jumlah purata harian yang sangat rendah.
Bagaimana pula wanita di negara kita?
No comments:
Post a Comment