Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Ada dua makalah dalam The Guardian tentang gaya hidup kaum wanita. Pertama, pembedahan kosmetik yang ditulis oleh Hannah Betts bahawa wanita di seluruh dunia dijual keunggulan Barat tentang kecantikan oleh industri yang menghasilkan keuntungan berbilion-bilion dolar dan menyebabkan kesengsaraan yang tidak diketahui.
Di India misalnya, yang sejumlah besar penduduk masih hidup dalam kemiskinan dan kebuluran, tetapi menurut Hannah, 40 peratus penduduk negara itu menggunakan pemutih muka kerana dianggap elok dari segi profesional dan seksual. "Pada tahun ini, warganya dijangkakan berbelanja setengah bilion dolar untuk produk tersebut, meningkat 15 peratus dari tahun 2011."
Sementara makalah kedua tentang revolusi seksual di India, yang ditulis oleh Samira Shackle, berhubung dengan penggunaan krim yang dikenali untuk mengetatkan kemaluan wanita yang mencetuskan kontroversi. Krim yang dikenali 18 Again membangkitkan kegembiraan wanita: "Dalam iklan, wanita berpakaian sari menari di keliling suaminya, menyanyi "Saya rasa macam anak anak dara." Si suami pula berasa gembira, meskipun dengan kehadiran kebanyakan keluarganya.
No comments:
Post a Comment