Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Pembuat telefon mobil, Nokia, menurut carta harian The Economist, menyumbang satu perempat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Finland antara tahun 1998 hingga 2007. Walau bagaimanapun, bukan hanya Finland yang ekonomi terlalu bergantung pada sebuah syarikat; banyak juga negara lain yang terbabit. Firma tenaga menguasai senarai dari segi sumbangan kepada KDNK negara tertentu.
Mendahului senarai ialah Arcelor Mittal yang hasilnya AS$94.0 bilion, menyumbang 161 peratus KDNK Luxembourg pada tahun 2011. Diikuti oleh Essar Energy yang memperoleh hasil AS$14.9 bilion, menyumbang 132 peratus KDNK Mauritius. Menduduki tempat ketiga ialah Royal Dutch Shell dengan hasil paling tinggi, iaitu AS$470.2 bilion, menyumbang KDNK Belanda sebanyak 55 peratus.
Dua firma syarikat di Asia Tenggara turut tersenarai, iaitu PTT di Thailand dan Wilmar International di Singapura yang masing-masing menyumbang 24 peratus dan 18 peratus KDNK untuk negara berkenaan.
No comments:
Post a Comment