Artikel Popular

Monday, April 23, 2012

Pembedahan Plastik Mengikut Negara

SELASA,   24 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Gempar implan buah dada yang melibatkan rakyat British dan Perancis sehingga mencetuskan pertelagahan antara kedua-dua buah negara telah pun reda. Sesetengah orang akan melakukan apa-apa sahaja  demi  kecantikan atau antipenuaan.  Sementara di Brazil yang mengamalkan prinsip "kecantikan adalah hak, dan golongan miskin juga wajar mempesonakan," maka golongan itu, seperti yang dilaporkan, menerima rawatan kecantikan percuma. 

Meskipun pembedahan plastik dikatakan mempunyai kesan sampingan yang membahayakan kesihatan, hal ini tidak menghalang orang ramai, terutamanya wanita untuk melakukannya.  Carta harian The Economist mendedahkan 26 buah negara yang rakyatnya gemar melakukan pembedahan plastik yang bukan menyerang (kulit dan rambut) dan yang menyerang (buah dada, lemak, muka dan rambut, dan bahagian lain badan). 

Pada tahun lalu, menurut International Society of Aesthetic Plastic Surgery, lebih 3.3 juta prosedur dilakukan di Amerika, lebih tinggi jika dibandingkan dengan di tempat lain. Apabila penduduk dikira, Korea Selatan menduduki tangga teratas.  Kajian pada tahun 2009 oleh Trend Monitor, sebuah firma penyelidikan pasaran, menunjukkan bahawa satu dalam lima orang wanita di Seoul  menjalani pembedahan plastik.

Kecantikan dilihat secara berbeza di negara yang berbeza, dan ini ditunjukkan dalam permintaan terhadap skalpel pakar bedah.  Di Brazil, lebih tujuh kali pembedahan punggung berbanding dengan purata 25 buah negara lain yang tersenarai, dan lebih lima kali mempermudakan faraj. Di Greece, pembesaran zakar dilakukan 10 kali lebih kerap daripada purata. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...