Artikel Popular

Friday, April 20, 2012

AS$50,000 Cukup untuk Membeli Kegembiraan?

JUMAAT, 20 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kita sering mendengar orang berkata, "Wang ringgit tidak dapat membeli kegembiraan."  Beberapa minggu lalu, seorang selebriti yang menjanda dipetik sebagai berkata lebih kurang begini:  "Bukan harta yang dia cari daripada mana-mana bakal suaminya, sebaliknya dia ingin menikmati kasih sayang."  Kita juga sering mendengar orang berkata, "Orang kaya tidak semestinya hidup gembira."  Namun, ada yang mempersoalkannya bahawa "adakah orang kaya   hidup tidak gembira? Dan,  bagaimana  pula orang miskin?  Adakah mereka hidup gembira?

Jika kegembiraan dapat dibeli oleh wang ringgit, berapakah jumlah wang diperlukan?  Josh Sanburn yang menulis dalam Time, membayangkan bahawa AS$50,000 ialah titik hujung kegembiraan. Memetik tinjauan pendapat baru oleh Marist Institute for Public Opinion yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya AS$50,000 dapat membawa kegembiraan tulen.  Menurut kajian tersebut, mereka yang berpendapatan di bawah AS$50,000 tidak berpuas hati secara peribadi dengan kehidupan mereka jika dibandingkan dengan mereka yang berpendapatan lebih daripada jumlah itu, dari segi situasi perumahan, hubungan peribadi, dan arah keseluruhan dalam kehidupan. 

Kajian terbaharu ini menunjukkan bahawa nilai wang untuk hidup gembira sekarang adalah lebih rendah daripada kajian sebelum ini.  Kajian tersebut dijalankan oleh Woodrow Wilson School, Princeton University yang menyatakan bahawa untuk membeli kegembiraan, seseorang itu memerlukan pendapatan AS$75,000 setahun.

Walau apa-apa pun jumlah wang diperlukan untuk membeli kegembiraan, yang pasti, wang juga dipandang orang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...