Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Mati pada usia muda lazimnya dikaitkan dengan fenomena negara Dunia Ketiga akibat kebuluran, pemakanan tidak seimbang, wabak penyakit, keganasan, peperangan, dan sebagainya. Namun, carta harian The Economist mendedahkan kematian dalam kalangan orang muda di dunia kaya. Kematian itu melibatkan golongan yang berumur antara 10 tahun hingga 24 tahun per 100,000 orang penduduk pada tahun 2009. Carta tersebut memetik data daripada makalah George Patton yang diterbitkan dalam Lancet pada 25 April.
Antara 28 buah negara yang terpilih ialah Amerika Syarikat menduduki senarai teratas, diikuti oleh New Zealand, Portugal, Ireland, dan Greece. Negara Asia yang turut tersenarai ialah Korea Selatan, Jepun, dan Singapura yang menduduki senarai paling bawah. Punca kematian yang dikenal pasti ialah kemalangan jalan raya, keganasan, bunuh diri, dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment