Artikel Popular

Monday, August 6, 2012

Obama Menang Besar?

ISNIN, 6 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Setelah melabelkan Mitt Romney bacul, Michael Tomasky yang menulis dalam The Daily Beast,  meledakkan bahawa  kemungkinan Barack Obama mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada November ini. 

Romney yang baru-baru ini lawatannya ke luar negara, berkesudahan dengan suatu "bencana," menurut pemerhatian Tomasky, hari demi hari menempuh laluan yang sukar. Hal ini benar kini  kerana beliau dijangkakan   gagal mencapai kemenangan di Pennsylvania.  Laluan Romney untuk memperoleh 270 undi badan perwakilan pemilih adalah kurang.


Tomasky mengandaikan Pennsylvania yang dimenangi oleh Barack Obama sebanyak 10 titik peratusan pada tahun 2008, terus memihak kepada beliau, dengan alasannya kadar pengangguran di negeri 7.5 di bawah tahap nasional. Kini, di negeri itu, Obama mendahului lawannya, Romney dengan tujuh titik peratusan, dan beliau mendapat sokongan hampir 50 peratus.  Kemenangan di negeri itu amat penting kerana mempunyai 20 undi badan perwakilan, kelima terbesar, dan menyamai Illinois yang  merupakan kubu Obama. Jika Demokrat kalah di Pennsylvania, sama seperti Republikan kalah di Missouri (10 undi badan perwakilan) dan Arizona (11 undi badan perwakilan) - satu pertaruhan yang cukup besar.


Secara naratif, Tomasky meneruskan andaiannya pada malam pilihan raya apabila keputusan demi keputusan dimaklumkan, iaitu katakan menurut beliau, 10.45 masa pantai timur.  Ketika itu empat negeri pantai timur belum diketahui keputusannya: Ohio (18 undi), Virginia (13 undi), North Carolina (15 undi), dan Florida (29 undi).  Juga beberapa negeri di pantai barat, pusat pengundian belum lagi ditutup.  Katakan ketika ini, Romney mendahului Obama 188 berbanding dengan 182 undi badan perwakilan.  Dengan senario ini,  Obama diandaikan memenangi Iowa (enam undi), New Hampshire (empat undi), dan Michigan (16 undi).




Dengan Romney mendahului Obama enam undi, tetapi kegembiraan tidak lama kerana negeri di pantai barat, masih lagi di peringkat pengundian, keputusannya dijangkakan memihak kepada Obama: California (55 undi), Washington (12 undi), dan Oregon (tujuh undi).  Obama juga pasti menang di Hawaii (empat undi).  Dengan 78 undi itu, Obama berjaya mengumpulkan undi menjadi 260 undi.  Jika beliau menang di Nevada (enam undi) dan Colorado (sembilan undi), maka perlawanan tamat.


"Dengan kata lain," hujah Tomasky,  "Obama boleh kalah di empat negeri timur yang besar, iaitu Ohio, Virginia, North Carolina, dan Florida, beliau masih dipilih semula."


Tomasky merujuk carta yang dikemukakan oleh Nate Silver, penganalisis yang dirujuk secara meluas, melalui ruangnya FiveThirtyEight, yang menjangkakan Obama menang 300.6 undi badan perwakilan berbanding dengan Romney yang memperoleh 237.4 undi, meningkat 7.2 peratus.  Sementara peluang Obama untuk menang meningkat enam peratus kepada 72.4 peratus berbanding dengan Romney hanya 27.6 peratus. 


Melihat perkembangan itu,  maka Jonathan Chait merumuskan bahawa Obama "mempunyai yang baik."  Selain memetik Nate Silver, Chait memetik Zeke Miller dan McKay Coppins bahawa para penasihat terpaksa merancang semula.



Sebenarnya, banyak faktor yang tidak memihak kepada Romney yang membolehkan Obama meninggalkan beliau.  Bain Capital, seperti yang dibahaskan oleh Joe Klein, adalah penting, meskipun Romney dan kempennya cuba memperlekehnya. Usaha beliau untuk membuka medan pertarungan dasar luar yang Obama dikatakan mempunyai kelebihan, dikatakan gagal, bahkan lawatan beliau ke London, Israel, dan Poland lebih banyak membawa kerosakan.  Romney, menurut Fareed Zakaria, mempunyai pasukan penasihat dasar luar yang lemah, dan beliau juga tidak diberikan nasihat yang baik oleh penasihat ekonominya, seperti yang dibahaskan oleh Matthew O'Brien dalam The Atlantic. 


Sebaliknya, kempen Obama mempunyai pasukan yang mantap, antaranya pengurus kempen, Jim Messina dan timbalan pengurus, Stephanie Cutter, dan penasihat yang banyak menyumbang kemenangan Obama dalam pilihan raya lalu, iaitu David Axelrod, yang disifatkan oleh Paul Harris, sebagai "pejuang jalanan."


Rancangan cukai yang Romney cuba perkenalkan ditafsirkan lebih menguntungkan golongan kaya berbanding dengan golongan kelas menengah.  Hal ini memperkukuh lagi "modal" kempen Obama bahawa Romney ialah orang kaya yang tidak memahami denyut nadi rakyat. 


Keengganan Romney mendedahkan penyata cukai pendapatan peribadinya merupakan salah satu faktor beliau tidak diterima oleh para pengundi bebas.  Nampaknya, pihak Demokrat akan sentiasa memanaskan isu ini, yang kini turut dibangkitkan oleh Harry Reid, pemimpin majoriti Senat, daripada Demokrat.Reid diperhatikan tidak berasa kesal  menggasak Romney berhubung dengan keengganannya mendedahkan penyata cukai peribadinya itu yang juga menimbul keluh-kesah dalam kalangan Republikan.



Tinjauan pendapat oleh Pew Research Center menunjukkan bahawa Romney bergelut dengan imej peribadi negatif, yang merupakan pertimbangan penting sekurang-kurangnya dalam kalangan pengundi bebas.



"Marilyn dan Saya"

ISNIN, 6 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bersempena 50 tahun kematian Marilyn Monroe, yang masih menjadi misteri, The Daily Beast menerbitkan tulisan Lawrence Schiller,  yang diubah suai  daripada memoirnya, Marilyn and Me. Schiller, wartawan foto, mengingati apakah ikon itu, yang meninggal dunia pada 5 Ogos, 50 tahun lalu, memberikan makna kepada beliau dan berkongsi memorinya tentang seniwati itu. 

"Sebagai jurufoto," tulis Schiller, "saya selalu berfikir tentang diri saya untuk membina hubungan dengan subjek saya, tetapi saya tidak pernah menjangkakan membina hubungan dengan Marilyn."  Meskipun Marilyn mempunyai banyak pengasuh dan pembantu, termasuk doktor,  jelas Schiller, "dia hidup dalam kesepian."

Bagi Schiller, beliau tidak pernah mempunyai keinginan untuk mewawancara Marilyn, maka perbualan mereka berkembang secara semula jadi, selalunya bermula dengan kamera dan fotograf.  "Saya bukannya penulis ketika itu, saya tidak pulang ke rumah dan mencatatkan dalam diari apa yang kami bincangkan.  Ada kalanya saya memberitahu isteri saya tentang perkara yang Marilyn kata, dan perkara lain yang dia  kata hanya kekal dalam memori saya.  Oleh sebab legendanya berkembang selepas kematiannya, saya fikirkan tentang dia, dan saya selalunya memiliki hal itu dalam minda saya yang saya ingin garapkan semula."

Marilyn, menurut Schiller berkahwin sebanyak tiga kali, termasuk dengan Arthur Miller, tidak kurang teman lelaki, antaranya pelakon terkenal, seperti Marlon Brando, Frank Sinantra, Yves Montand, dan  Tony Curtis, yang berseronok-seronok dengan dia,  dan ahli politik, seperti Joseph Schenck, Elia Kazan, Jack dan Booby  Kennedy, yang mungkin mengeksploitasi dia. 

Pastinya, banyak spekulasi tentang kematiannya, tulis Schiller.  "Adakah dia membunuh diri? Adakah kerana terlebih dos? Adakah dia dibunuh atas arahan daripada salah seorang adik beradik Kennedy?  Dibunuh oleh Geng?"

Selain itu, ada 50 fakta tentang Marilyn Monroe yang orang tidak ketahui, seperti yang didedahkan oleh examiner.com.


Sunday, August 5, 2012

Romney Bacul?

AHAD, 5 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam keluaran terbaharunya, Newsweek muncul kulit depan yang kontroversi, "Romney: The Wimp Factor," dengan rencana utama ditulis Michael Tomasky, yang boleh sebagai seorang penulis yang anti-Mitt Romney dan pro-Barack dalam majalah itu dan The Daily Beast. Banyak hal, seperti menyembunyikan cukainya, Romney tidak selamat untuk menjadi Presiden Amerika.

Ini kali kedua majalah ini mengetengahkan faktor bacul, yang pertama pada tahun 1987 dengan sasarannya ialah  George H.W. Bush.  Romney, bahas mewarisi kebaculan bekas Presiden Amerika Syarikat itu.

Tomasky memulakan penulisannya dengan membangkitkan kebodohan Romney di London baru-baru ini sehingga mencetuskan di sebelah menyebelah Atlantik.  Romney, tegas beliau, benar-benar bacul.  "Romney jenis pincang.  Bercakap itu ini, kemudian meminta maaf segera dengan semua keikhlasan tebusan." 

Apakah jenis calon Presiden yang merungut tentang beberapa kritikan dan menuntut maaf apabila permulaan kelihatan keras?  Dan cuba menunjukkan nada keras dengan menuduh Presiden yang pengganas yang paling dikehendaki di dunia sebagai peredaan? Soal Tomasky, "Lelaki ini gelabah, menggigil, kelihatan lemah.  Anehnya, menggigil kelihatan lemah menjadikan beliau kelihatan semakin lemah." 

Menurut takrif konservatif, Romney hancur menyeluruh.  Beliau merupakan ahli politik utama yang  kebanyakan  mengelak risiko, yang muncul pada zaman ini, hujah Tomasky, merujuk penglibatan Romney di Bain Capital. Romney juga terlalu pintar, tetapi terlalu banyak melakukan perunduran balik.

Tomasky menjelaskan hubungan langsung dengan masalah bacul yang paling besar yang Romney hadapi.  "Selepas lima tahun dan dua kempen Presiden, beliau masih belum mengambil pendirian sebenar tentang mana-mana isu, dan namun, mengambil satu pendirian yang menyusahkan kanan keras pasti beliau."

Rencana utama Newsweek itu dipetik, antaranya oleh The Washington Post, tetapi Romney memberitahu bahawa tidak mengganggu tidurnya.

Melalui tulisannya dalam The Daily Beast, Tomasky sekali lagi menuduh Romney bacut, dengan merujuk ucapan beliau semasa di Israel. "Tidak elok bahawa Romney mengubah pandangannya terhadap setiap isu.  Ini memilukan.  Ini menunjukkan beliau hidup dalam ketakutan terhadap sayap kanan Amerika.  Itu faktor bacul sebenar."

Dalam  tulisan yang seterusnya, beliau mendakwa Romney menggunakan strategi pengelakan yang daif dan meragui bahawa orang yang berdolak-dalik layak menduduki Rumah Putih.

Olimpik: Kelucahan dan Seks

AHAD, 5 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam mana-mana pertandingan sukan, seperti Sukan Olimpik lazimnya tumpuan diberikan terhadap sesuatu pertandingan, siapa atau pasukan mana yang muncul sebagai juara, dan individu atau negara yang banyak memenangi pingat emas.

Tumpuan terhadap yang hakiki, yang pokok ini tidak bermakna hal sampingan tidak diberikan perhatian, paling tidak, oleh para pengulas atau penulis.  Di sini dipetik tulisan Tricia Romano dalam The Daily Beast, yang mempersoalkan Olimpik atau lucah lembut apabila penonton gay melopong pada atlet lelaki. 


Bukan tidak sebab untuk menyebut Olimpik XXX, tegas Tricia.  Perenang lelaki yang memperagakan badan mereka yang seksi menjadi tumpuan.  "Perenang Amerika yang memenangi pingat emas Ryan Lochte dan Nathan Adrian mungkin memperoleh kemasyhuran kerana memenangi pertandingan, tetapi mereka menjadi simbol seks segera sebaik-baik sahaja mereka keluar dari kolam renang."  Lochte merupakan simbol seks.


Tambahan pula, Lochte, seperti yang diberitahu oleh ibunya, "mampu mengadakan seks semalaman," dalam temu bual dengan Today in London.  Lochte juga dianggap seksi Amerika.  Demikian juga Adrian yang menjadi topik perbualan bahawa dia pintar dan manis dan sama ada dia mempunyai teman wanita ataupun tidak.


Walau bagaimanapun, Lindsay Abrams yang menulis dalam The Atlantic mengingatkan bahawa seks tidak selalunya dapat dijual.  Atlet wanita dalam Olimpik gagal dalam periklanan. Perenang Olimpik dan pemenang pingat emas, Missy Franklin, menurut Forbes yang dipetik oleh Lindsay, mengumumkan bahawa dia mengekalkan status ametur untuk empat tahun akan datang, meskipun dia  kehilangan berjuta-juta dolar sumber pendapatan. 


Tidak seorang pun atlet yang muncul dalam senarai Sports Illustrated tahun 2011 tentang 50 orang atlet Amerika Syarikat yang yang memperoleh pendapatan yang tinggi, jelas Lindsay. Tokoh sukan yang digambarkan sebagai pengendors pada 11.9 peratus komersial televisyen hanya tiga peratus wanita. "Apabila mempromosikan seksualiti dan kecantikan, wanita purata sukar untuk dikaitkan dengan perkara itu."


Mungkin banyak lagi "cerita berbingkai" dalam Sukan Olimpik kali ini, lebih-lebih lagi kerana adanya media sosial.


Saturday, August 4, 2012

Sambil Menyelam Minum Air!

SABTU, 4 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH






Namun, untuk bola tampar pantai di manakah fokus foto?  Emma Gray memberikan jawapannya, bahawa pada bahagian tubuh wanita dan bukannya pada kemahiran bersukan  mereka. Apabila tiba bab bola tampar pantai wanita, jurufoto kelihatan memberikan tumpuan pada bahagian tertentu tubuh pemain jika dibandingkan servis mereka.


Mengapa jurufoto memberikan perhatian sedemikian, pastinya ada alasannya.  Untuk memuaskan mata yang sentiasa galak!


Jangan Bermain Air!

SABTU,  4 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Ketika banjir, terutamanya kanak-kanak, mereka diperingatkan jangan bermain air.  Dari sudut yang lain, kerana pandai bermain di air, Michael Phelps memenangi sebanyak 17 pingat emas sepanjang penyertaannya dalam Sukan Olimpik.

Namun, bagi orang politik, seperti yang dinasihatkan oleh Sophie Quinton dan George E. Condon Jr. dalam National Journal, pada musim kempen, hati-hati dengan sukan air. Hal ini demikian kerana percutian aktiviti sukan ini boleh menjadi modal pihak lawan, seperti yang berlaku pada John Kerry dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2004. 

Dan, nampaknya nasib yang sama  menimpa Mitt Romney, bakal calon Presiden daripada Republikan yang baru-baru ini bercuti bersama-sama keluarganya  di kediamannya di Tasik Winnipesaukee apabila tersiar gambar beliau menunggang jet ski.  Kalau beliau menyatakan beliau ingin berehat, itu langkah bijak, tetapi jika beliau menyatakan beliau ingin berehat dengan menunggung jet ski, itu langkah bodoh.  

"Pihak lawan," iaitu Demokrat, tegas Sophie dan Condon, mereka menggambarkan Romney sebagai calon yang kaya-raya dan Obama sebagai calon yang memahami perjuangan golongan kelas menengah."

Bagi Romney, kekayaannya, menurut Margaret Carlson, "kekayaanya merupakan masalah," dan pastinya, penglibatannya dalam sukan air itu, merumitkan lagi masalah. Selain menunggang jet ski itu, kuda milik keluarga Romney yang bernama Rafalca yang kini menyertai Sukan Olimpik di London, dikatakan sebagai liabiliti.  Semua ini menambahkan lagi bagasi yang perlu beliau galas, tambahan pula,  beliau sendiri mempunyai jurang kredibiliti atau kebolehpercayaan dan banyak mempunyai kekuatan serta kecacatan. 


Mungkin bagi anggota atau penyokong Republikan, sukan air dan kuda itu perkara yang remeh, tetapi para pengundi bebas atau yang belum membuat keputusan, mereka memerhatikan segala-galanya itu.  Maka, tidak memeranjatkan apabila tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan bahawa mereka terang-terang menolak Romney.

Pendek kata, dalam politik, terutamanya pada musim pilihan raya, banyak pantang larangnya yang orang politik sepatutnya akur dan pastikan jangan sekali-kali terlanjur. Dalam konteks Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012, suatu kebodohan untuk menumpukan hanya pada ekonomi, seperti pesan Alex Roarty. 

Bagi ahli politik Malaysia, terutamanya yang memegang jawatan dalam  kerajaan, harap mereka dapat membezakan yang mana rasmi dan yang mana peribadi.  Selain pandai menjaga diri sendiri kerana sentiasa diperhatikan oleh rakyat jelata, pastikan anda mampu menjaga "kabinet dapur" anda, jangan syok sangat ingin menonjolkan diri. 



Bank Pusat Tidak Dapat Menyelamatkan Dunia

SABTU, 4 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Hampir 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global atau AS$18 trilion, menurut The Guardian, dipegang oleh bank pusat selepas membeli bon kerajaan dan menyalirkan kecairan ke dalam sistem kewangan untuk meredakan krisis semasa.  Memetik laporan terbaharu Bank for International Settlements (BIS), jumlah ini berlipat ganda jika dibandingkan dengan  10 tahun lalu. 

Melihat besarnya jumlah pemegangan itu, pastinya bank pusat mampu menyelamatkan ekonomi di negara masing-masing,  kalaupun tidak dunia. Namun, hakikatnya tidak semudah itu, seperti yang dibahaskan oleh Mohamed el-Erian dalam Bloomberg bahawa bank pusat tidak dapat menyelamatkan dunia.  Beliau merujuk tiga bank pusat, iaitu Bank  England, Bank Pusat Eropah (ECB), dan Rizab Persekutuan yang mengakui langkah rangsangan tambahan perlu, meskipun ketiga-tiga bank itu gagal menyatakannya secara khusus.

Tidak seperti ketika krisis kewangan tahun 2008 dan 2009, hujah el-Erian, bank pusat tidak boleh lagi menjadi penyelamat sekarang untuk ekonomi global yang kepayahan.  Beliau mengagak ketiga-tiga bank tersebut bertindak sedemikian kerana mahu mendesak para penggubal dasar yang lain yang tidak menunjukkan perlunya bertindak segera.  Para banker juga sedar bahawa alat dasar mereka semakin kurang berkesan.


Tambahan:  Berita terbaharu, ECB dilaporkan menyelamatkan Greece daripada jatuh muflis.

Diamond: Romney Tidak Melakukan Penyelidikan

SABTU, 4  Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Lazimnya, seseorang pengarang akan berbangga jika  bukunya dipetik orang, apatah lagi yang memetik itu tokoh yang sedang mempersiapkan dirinya untuk ke Rumah Putih, meskipun laluannya makin sukar.  

Namun, halnya berbeza  bagi Jared Diamond yang bukunya, Guns, Germs and Steel  bersama-sama buku David Landes, The Wealth and Poverty of Nations yang dipetik oleh Mitt Romney semasa beliau melawat Israel baru-baru ini untuk membezakan budaya penduduk Israel dengan umat Palestin.  Sebagaimana di London, dengan melakukan perbandingan tersebut, Romney sekali lagi menunjukkan kebodohannya ketika berada di Israel.   


Bagi Diamond, Romney memberikan gambaran yang salah tentang bukunya untuk menjelaskan mengapa rakyat Israel dan umat Palestin mempunyai perbezaan ketara dari segi tahap pembangunan ekonomi.  Diamond terpaksa bersusah payah menulis dalam The New York Times, untuk menjelaskan maksud buku beliau yang sebenar yang dikelirukan oleh Romney.  Beliau  menegaskan bahawa Romney mengeluarkan ulasan yang kontroversi tentang peranan budaya dalam menjelaskan mengapa sesetengah negara kaya dan sangat berkuasa, sedangkan negara lain miskin dan lemah mengundang banyak komen.  "Saya, terutamanya," jelas Diamond, "meminati ulasan beliau itu kerana Romney memberikan gambaran yang salah tentang pandangan saya, dan dalam membezakan pandangan itu dengan hujah sarjana lain, membesar-besarkan isu tersebut."


Hujah Diamond, "sememangnya tidak betul buku saya itu, seperti yang Romney menjelaskannya dalam ucapannya di Baitulmuqaddis, 'pada asasnya berkata ciri fizikal tanah menentukan perbezaan dalam kejayaan orang yang mendiami kawasan itu.  Wujud bijih besi di dalam tanah itu dan sebagainya'." 


Wujud berbezaan yang ketara, jelas Diamond, "daripada apa yang buku saya sebenarnya katakan menyebabkan saya rasa ragu-ragu, sama ada Romney membaca buku itu.  Tumpuan saya kebanyakannya terhadap ciri biologi, seperti spesies tumbuhan dan haiwan, dan dalam kalangan ciri fizikal, satu yang saya nyatakan saiz dan bentuk benua dan pengasingan relatif.  Saya tidak menyebut bijih besi."


Penjelasan Jared Diamond ini dipetik oleh David Frum dalam The Daily Beast dengan mengemukakan sumber tambahan,  manakala  Adam Serwer yang menulis dalam Mother Jones, secara sinis mengingatkan, "lain kali, Mitt Romney sepatutnya memetik buku oleh pengarang yang sudah mati supaya mereka secara terbuka menegur beliau kerana memberikan gambaran yang salah tentang buku mereka."


Berikutan kontroversi di Israel itu, kempen Romney menyalahkan Associated Press kerana mereka-reka cerita ulasan Romney tentang budaya Palestin.


Friday, August 3, 2012

Jumaat yang Muram untuk Obama?

JUMAAT, 3 Ogos 2012 (kemas kini pada 4 Ogos, 10.30 pagi)
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Barangkali tidak tepat untuk mengatakan bahawa laporan pekerjaan untuk bulan Julai yang diumumkan kira-kira 8.45 malam waktu Malaysia, suatu kekejaman untuk Presiden Barack Obama yang akan mempertahankan kedudukannya di Rumah Putih bagi penggal kedua.  

Sebagaimana setiap Jumaat pertama sejak dua bulan lalu, hari ini sekali lagi menunjukkan  pengangguran di Amerika Syarikat  memang degil apabila kadarnya meningkat daripada 8.2 peratus pada bulan Jun kepada 8.3 peratus pada Julai.  Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, pada Jumaat lalu, kadar pertumbuhan ekonomi negara itu untuk suku kedua tahun 2012 jatuh kepada 1.5 peratus.  Sehingga Pilihan Raya Presiden pada 6 November, Obama terpaksa bergelut dengan empat kali Jumaat lagi: tiga untuk laporan pekerjaan, dan satu lagi laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga tahun ini.

Mungkin yang melegakan sedikit Barack Obama sebagai penjawat kini bahawa pada bulan lalu, pekerjaan meningkat sebanyak 163,000 daripada 64,000 pekerjaan yang disemak semula pada bulan Jun.  Jumlah peningkatan ini melepasi 100,000 pekerjaan yang dianggarkan oleh ahli ekonomi yang ditinjau oleh Bloomberg.  Data itu dikatakan menunjukkan bahawa  ekonomi yang tumbuh tidak begitu kuat, tidak lebih baik, tetapi masih tumbuh.

Michael Hirsh yang mengulas laporan pekerjaan terbaharu sekadar menyatakan  pemenangnya diputuskan berbelah bahagi: Obama dan pencabarnya, Mitt Romney. Jumlah 163,000 pekerjaan yang diwujudkan mengatasi jangkaan, dan tertinggi  sejak Februari menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat terus pulih daripada kemerosotan terburuk sejak Kemelesetan Besar.  Maka, berita baik untuk Obama.  Namun, kadar pengangguran yang meningkat satu peratus dari bulan Jun, memihak kepada Romney, membuktikan bahawa dalam tiga tahun, kadar pengangguran masih lebih lapan peratus.

Dengan jumlah pekerjaan itu, bahas Andrew Leonard, "tidak begitu teruk.  Pendarahan berhenti sekurang-kurangnya sementara waktu."  Pekerjaan memasuki wilayah positif untuk kali pertama sejak Mac, hujah Kevin Drum.

Tanpa merujuk laporan pekerjaan terbaharu, Derek Thompson mengemukakan tiga carta yang "membuktikan" Obama terhimpit, iaitu pertumbuhan ekonomi dan malapetaka ketenteraan, perbandingan pekerjaan yang dihasilkan oleh tempoh kepresidenan sejak Truman, dan penandaarasan prestasi Obama. 

Semuanya berita buruk.  Rekod Obama seakan-akan pihak yang kalah.  Namun, hujah tinjauan pendapat terbaharu (lebih 90 hari sebelum pilihan raya), Obama meningkat tiga titik peratusan di peringkat nasional, satu peratus di Florida, tiga peratus di Virginia, lima peratus di Ohio, dan enam peratus lebih di Wisconsin, Michigan, dan Pennsylvania.  "Ada yang carta itu beritahu dan ada yang tidak diberitahu."

Tinjuan pendapat terbaharu yang dikeluarkan oleh Pew Research Center menunjukkan bahawa Obama mendahului lawannya di peringkat nasional, iaitu 52 peratus berbanding 37 peratus, tetapi persaingan sengit di negeri berayun. Sementara imej peribadi Romney masih negatif. 

Pada amnya,  dikatakan bahawa ekonomi banyak mewarnai pilihan raya kali ini.  Namun, sementara Barack Obama ditanggapi melaksanakan dasar ekonomi yang gagal, Mitt Romney masih belum dapat mengemukakan alternatif yang meyakinkan para pengundi, misalnya agenda cukainya, yang dikritik antaranya oleh Ezra Klein, manakala rancangan pemulihannya boleh mengheret Amerika Syarikat semula ke dalam kemelesetan.   


Dalam banyak hal, beliau kelihatan sekadar "menunggu bulan jatuh ke rimba," iaitu hanya mengharapkan berita buruk tentang ekonomi, terutamanya pertumbuhan dan pekerjaan.  Satu lagi masalah kempen Romney, seperti yang dikesan oleh David Frum, "semua pedang, tidak ada perisai."


Untuk Obama pula adakah beliau dapat mengatasi angka pekerjaan kerana mana-mana penjawat kini yang ketika pilihan raya, kadar pengangguran lebih tujuh peratus berkesudahan dengan kekalahan. Maksudnya, hanya suatu keajaiban jika beliau dapat kekal untuk satu penggal lagi.  Namun, kempen Obama  sedar akan halangan ini, maka dalam pertarungan dengan Romney di medan ekonomi, mereka mengharapkan kemenangan, tetapi seri sudah memadai.


Harry J. Enten  yang cuba menganalisis setakat mana laporan pekerjaan terbaharu menjejaskan prospek  kempen Obama, mengemukakan tiga pemboleh ubah, iaitu pendapatan peribadi boleh guna, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan pertumbuhan pekerjaan.  Kesemuanya memberikan kelebihan kepada Obama, iaitu masing-masingnya 0.4 peratus titik peratusan, empat titik peratusan, dan 1.1 titik peratusan. 


Namun, Enten mengakui bahawa model peramalan berdasarkan ekonomi jauh daripada sempurna.  Model ini tidak sepatutnya digunakan sebagai pengganti data tinjauan pendapat.  Maksudnya, model tersebut menyediakan konteks untuk data ekonomi mengalir ke dalam  sfera awam. 


Tinjuan model untuk tahun ini menunjukkan kes yang menarik, jelas Enten.  "Presiden Obama akan menjadi orang yang tertekan jika partinya mengawal sepenuhnya Kongres dan Presiden sebelumnya sama parti dengan beliau."


Sains Politik Sains Sebenar?

JUMAAT, 3 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Melalui tulisan M.D., The Economist mengemukakan persoalan yang mungkin diteliti, iaitu adakah sains politik ialah sains sebenar?  Kritikan mempersoalkannya dengan alasan kegagalan profesion untuk ujian asid sains sebenar: keupayaan meramalkan peristiwa.  M.D. memetik Jacqueline Steven yang menulis dalam Sunday Review bahawa ahli sains politik merupakan peramal yang teruk.

Meskipun banyak ahli sains politik terlibat dalam meramalkan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, keputusannya bercampur-campur, hanya sebilangan yang dapat membuat ramalan yang hampir tepat.  Pilihan Raya Presiden tahun 2008 merupakan tahun baik untuk industri ramalan, dengan semua model ramalan, menjangkakan kemenangan Barack Obama.

Walau bagaimanapun, M.D. masih keberatan untuk mengatakan sains politik layak dianggap sebagai sains sehingga kemunculan  ramalan "Time for Change"  yang diperkenalkan oleh Alan Abramowitz, untuk pilihan raya tahun ini.  Abramowitz, ahli sains politik di Emory University, mengemukakan beberapa unjuran pilihan raya yang berbeza berasaskan kemungkinan julat angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


Abramowitz, menurut M.D. membuat ramalan sebelum KDNK suku kedua Amerika Syarikat diumumkan, maka beliau pertumbuhan kDNK tidak melebihi dua peratus.  Dengan kadar pertumbuhan itu, maka model Abramowitz meramalkan bahawa Presiden Obama akan menang kurang daripada 51 peratus undi popular pada November ini.

Ramalan Aramowitz bergantung pada tiga pemboleh ubah, iaitu penarafan sokongan bersih yang penjawat kini Presiden pada akhir Jun, perubahan kDNK sebenar daam suku kedua tahun pilihan raya, dan sama ada penjawat kini, iaitu Obama bertanding semula untuk tahun 2012, iaitu sokongan daripada para pengundi yang beliau terima. Namun, untuk tahun ini, beliau memasukkan  pemboleh ubah yang beliau labelkan "polarisasi."

Pada akhir tulisannya itu, berdasarkan model yang diperkenalkan oleh Aramowitz, maka M.D. yakin bahawa sains politik ialah sains.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...