Artikel Popular

Saturday, June 23, 2012

Sejarah Ekonomi 2000 Tahun Lalu

SABTU, 23 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Untuk mengetahui sejarah ekonomi untuk satu tempoh yang amat panjang, iaitu kira-kira sejak kelahiran Nabi Is A.S., bukannya sejak Adam Smith atau Karl Marx, seseorang itu pastinya sebuah buku yang tebal dan/atau banyak buku yang berkaitan.

Memang tidak pernah dibayangkan bahawa sejarah ekonomi itu dapat ditatapi dan dihayati melalui sebuah graf, seperti yang diltunjukkan oleh carta harta harian The Economist yang dipetik daripada Michael Cembalest daripada JP Morgan. 


Jika diperhatikan, dari tahun satu hingga kira-kira tahun 1850, bahagian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  dunia untuk China dan India, kemudian mula menguncup.  Sementara  Amerika Syarikat muncul dengan bahagian KDNK yang amat kecil pada tahun 1820, tetapi terus mengembang. India menunjukkan peningkatan semula KDNK-nya dari tahun 1990 hingga 2008, tetapi dalam tempoh itu, peningkatan India tidak ketara. 


Derek Thompson yang menulis dalam The Atlantic juga memetik Cembalest, mempersembahkannya dalam tiga bahagian.  Dalam Bahagian I, Thompson menyatakan bahawa pada tahun satu, India dan China merupakan negara bagi masing-masing satu pertiga dan satu perempat penduduk dunia. Negara itu juga masing-masing menguasai satu pertiga dan satu perempat ekonomi dunia.  

Seterusnya, dalam Bahagian II, Thompson, menegaskan bahawa apa-apa sahaja sebelum tahun 1800 ialah anggaran agihan penduduk di seluruh dunia dan apa-apa sahaja selepas 1800 adalah menunjukkan pencapahan produktiviti di seluruh dunia. Namun, beliau mengakui tafsiran ini benar-benar tepat.  "Revolusi Perindustrian berlaku di Eropah Barat kira-kira tahun 1800, meningkatkan produktiviti dan pendapatan peribadi secara dramatik jauh mengatasi mana-mana negara yang kelihatan pada alaf terdahulu.  Akan tetapi hakikatnya, anggaran untuk produktiviti dan pendapatan mula mencapah abad sebelum enjin wap.

Dalam Bahagian III, Thompson mengulangi pernyataan beliau sebelum ini bahawa India dan China menguasai antara 50 hingga 60 peratus ekonomi dunia untuk bahagian pertama 1500 Masihi, mempunyai kaitannya dengan jumlah penduduk yang besar.  Barat mula mengatasi bahagian lain dunia selepas tahun 1000, tetapi kadar kemajuan teknologinya agak memilukan berbanding dengan yang kita lihat selepas abad ke-19.  Keadaan  berubah sejak Revolusi Perindustrian yang seterusnya menyaksikan kemunculan Amerika Syarikat (dalam biru muda).


Mekipun sejak 200 tahun lalu, makanan adalah murah, hujah Thompson, untuk beribu-ribu tahun, upah yang diukur dalam gandum tidak meningkat. "Anda memerhatikan sumpah Malthus.  Kini, beberapa kebekuan pendapatan yang serius."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...