Artikel Popular

Thursday, September 20, 2012

Netanyahu Mahu Obama Kalah

KHAMIS, 20 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Lazimnya, negara besar akan campur tangan dalam hal ehwal negara kecil, termasuk dalam pilihan raya.  Akan tetapi, yang berlaku sebaliknya.  Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan, secara aktif mahu  Barack Obama kalah dalam Pilihan Raya Presiden tahun ini.  Beliau menjadikan dirinya, tegas David Demnick, faktor dalam pilihan raya ini.

Netanyahu secara tegas menyatakan bahawa Amerika Syarikat mesti menandakan "garisan merah" berhubung dengan senjata nuklear Iran.  Gesaan beliau itu  dianggap sebagai mengambil kesempatan daripada pilihan raya di Amerika yang meletakkan Obama dalam keadaan sukar. "Benjamin Netanyahu lawan Barack  Obama," isytihar Glenn Thrush

Demokrat dikatakan melakukan kesilapan ketika Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik di Charlotte, apabila tidak memasukkan Baitulmuqqadis sebagai ibu negara Israel,  dalam platform. Usaha untuk memasukkan semula Tuhan dan  Baitulmuqqadis dalam platform, menurut The Huffington Post, mencetuskan tentangan daripada perwakilan. Sementara Romney, seperti yang dibahaskan oleh Llyod Grove, mengambil kesempatan daripada kebodohan Demokrat itu.

Pencabar Obama, iaitu Mitt Romney, secara terang-terangan menyebelahi Israel.  Ketika beliau melawat negara itu beberapa bulan lalu, beliau menyatakan pendiriannya menyerang Iran demi keselamatan Israel, dan membandingkan taraf hidup rakyat Israel dengan penduduk di wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA). Dalam pita video yang didedahkan oleh Mother Jones, Romney sama sekali menolak penyelesaian dua buah negara. 

Serangan terhadap kedutaan Amerika Syarikat yang berlaku di Kaherah dan Benghazi yang menyebabkan diplomat, Christopher Stevens  dan tiga orang lain terbunuh, maka dijangkakan dasar luar yang agak  lengang  mula  mewarnai kempen kali ini.  "Obama lawan Romney tentang Timur Tengah," tulis Michael  Hudson dan Rana B. Khoury dalam menentukan siapakah yang betul dalam krisis di wilayah itu.  Di samping mendedahkan siapakah Romney , jenis dasar luar beliau,   kecenderungannya terhadap neokonservatif, dan silap pertimbangan beliau.  

Namun, serangan tersebut menyebabkan penerimaan terhadap Obama dari segi dasar luar, menurut tinjauan pendapat NBC/The Wall Street Journal jatuh kepada 49 peratus daripada 54 peratus awal bulan ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...