Artikel Popular

Sunday, June 23, 2013

Emas Hilang Kilau?

AHAD,  23  Jun 2013
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH

Berikutan pengumuman Pengerusi Rizab Persekutuan,  Ben Bernanke bahawa rangsangan mungkin dikurangkan pada akhir tahun ini kerana ekonomi Amerika Syarikat  pulih, niaga  hadapan emas dan perak, menurut Bloomberg, jatuh pada paling rendah sejak September 2010.  

Niaga hadapan emas untuk penyerahan Ogos jatuh 6.4 peratus, untuk kekal pada AS$1,286.20 pada pukul 1.42 petang, 21 Jun.  

Pada bulan ini, ahli ekonomi, Nouriel Roubini mengingatkan bahawa harga emas akan jatuh, iaitu menghala kepada AS$1000 per auns pada tahun 2015, meskipun harga komoditi itu diramalkan meningkat kepada AS$2000, AS$3000, dan bahkan AS$5000 dalam beberapa tahun ini.  Namun, harga emas bergerak ke arah bawah sejak itu.  Pada April lalu, emas dijual pada harga penutupan AS$1300  per auns dan harga masih berlegar-legar di bawah AS$1400, kejatuhan hampir 30 peratus sejak mencapai harga tertinggi pada 2011.


1 comment:

  1. percaya turun la sangat...sistem perbankan amerika..memanipulasi sentimen pelabur2 emas dan perak.sedangkan amerika dibelenggu hutang bertrilion2 pun tak terbayar..ada hati nak nasihat ekonomi dunia...sebelum pakar2 ekonomi amerika nak menasihati dunia.lebih baik pakar2 yg ada dalam amerika bantu amerika bayar hutang dulu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...