Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Meskipun ekonomi dunia sedang pulih, kecuali Eropah yang masih diancam kemelesetan, dan beberapa buah negara mencatatkan pertumbuhan sejak beberapa tahun lalu, antaranya China Malaysia, dan bebarapa buah negara di Afrika, kesan kegawatan terhadap golongan tertentu masih dirasai. Misalnya, bagi isi rumah miskin dan minoriti di Amerika Syarikat, dilaporkan tidak wujud pemulihan ekonomi untuk mereka. Isi rumah di negara itu juga dilaporkan masih belum dapat mengembalikan kekayaan mereka yang hilang semasa kemelesetan.
Selain itu, menurut The Economist, pelacuran masih dilanda kesan kemelesetan sehingga menyebabkan industri tua itu terus muram, seperti yang berlaku di England. Majalah itu merujuk laman Web yang dikendalikan oleh George McCoy, yang meneliti lebih 5000 buah rumah urut dan individu, mendapati kebanyakan masih berhempas-pulas. Pekerja seks memberitahu McCoy bahawa mereka terpaksa menurunkan harga. Rumah urut pula terjejas akibat peningkatan kos sewa dan kos tenaga, manakala bilangan pelawat jatuh sebanyak satu pertiga.
Hal ini, menurut The Economist lagi, mencerminkan ekonomi yang lembap. Perbelanjaan pengguna keseluruhan pada akhir tahun 2012 hampir empat peratus lebih rendah jika dibandingkan ketika puncak pada tahun 2007. Untuk menggunakan perkhidmatan pelacur adalah terlalu mewah kerana wujud keperluan asas yang perlu dipenuhi dan diutamakan: makanan, gadai janji, petrol. Pelacur pula mengakui bahawa kini, masa untuk bekerja sebagai pelacur penuh masa telah berlalu - maksudnya, mereka sukar untuk mencari makan.
No comments:
Post a Comment