Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Pengharaman amalan yoga dalam kalangan umat Islam di negara ini yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tinggal dalam lipatan sejarah. Mengapa terjadi begini, tidak perlu dijelaskan dan dibahaskan di sini. Hanya memadai jika dikatakan bahawa pihak berkuasa fatwa ini tidak mempunyai kekuatan untuk mendepani asakan yang datang dari segenap penjuru.
Namun, kisah yoga di luar negara tidak pernah sunyi. Baru-baru ini, William J. Broad menulis dalam The New York Times, mendedahkan sesuatu yang menarik, "yoga dan skandal seks : tidak terperanjat di sini." Jelas Broad, ini bukan kali pertama bahawa topeng yoga diletupkan dengan skandal seks. Mengapa yoga melahirkan terlalu banyak kaki perempuan? Dan mengapa kegemparan yang terjadi itu menyebabkan banyak orang terkejut dan tidak keruan?
Satu faktor, jelas Broad, ialah kejahilan. Guru-guru yoga dan buku tentang mempelajari yoga jarang-jarang menyebut bahawa disiplin bermula sebagai pendewaan seks, iaitu sesuatu yang tidak dimasukkan yang menjadikan banyak pengamal terdedah pada kejutan nafsu berahi.
Jelas Broad lagi, yoga Hatha, induk gaya yang kini diamalkan di seluruh dunia, bermula sebagai cabang Tantra. Di India zaman pertengahan, pengikut Tantra cuba melakur aspek kosmos lelaki dan wanita ke dalam keadaan kesedaran berbahagia. Upacara pendewaan Tantric, meskipun selalunya dijiwai dalam simbilisme, juga boleh memasukkan kumpulan dan individu seks. Satu teks menasihati pengikut supaya menghormati organ seks wanita dan seronok dengan hubungan seks yang bertenaga dan sihat. Calon untuk pemujaan, termasuk seniwati dan pelacur, di samping adik beradik perempuan pengamal.
"Sepanjang dekad," tulis Broad, "banyak ditemui daripada pengalaman peribadi bahawa amalan yoga dapat menyemarakkan keinginan seksual. Kawasan pelvis dapat merasakan lebih sensitif dan puncak syahwat lebih bertenaga."
Broad mendedahkan beberapa kajian tentang amalan yoga dengan seksual, yang terbaharu, ahli sains di University of British Columbia mendokumentasikan bagaimana pernafasan pantas yang dilakukan dalam banyak kelas yoga dapat meningkatkan aliran darah menerusi alat kelamin. Kesannya didapati cukup kuat untuk menggalakkan kebangkitan seksual bukan sahaja individu yang sihat, tetapi dalam kalangan mereka yang libido berkurangan.
"Di India, kajian klinikal terbaharu menunjukkan bahawa lelaki dan wanita yang mengambil yoga melaporkan secara meluas penambahbaikan dalam kehidupan seks mereka, termasuk perasaan yang diperkaya tentang keseronokan dan kepuasan, di samping kekariban emosi dengan pasangan."
Guru yoga, seperti Swami Muktananda (1908 - 1982, Swami Satchidananda (1914 - 2002), dan Swami Rama (1925 - 1996), menurut Broad, terlibat dengan pencabulan wanita.
Dalam tulisannya itu, Broad juga memetik Elena Brower yang menulis dalam The Huffington Post, "seni menarik perhatian: salah laku dalam dunia (yoga)."
No comments:
Post a Comment