KHAMIS, 28 Julai 2011
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Buruh kanak-kanak meningkat di Pakistan dalam setahun sejak negara itu dilanda banjir terburuk kerana sesetengah keluarga miskin terus kehilangan mata pencarian mereka dalam ekonomi tempatan yang menunjukan sedikit tanda pemulihan. Seperti yang dilaporkan oleh The Independent, banjir monson telah menenggelamkan Pakistan pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan 10 tahun hujan turun dalam masa seminggu. Sebanyak 2000 orang terkorban dan 20 juta yang lain terjejas. Sebanyak dua juta rumah dan 10,000 buah sekolah musnah.
Ketika Pakistan dilanda banjir terburuk pada tahun lalu, meskipun air telah surut di barat laut, impaknya amat berat terhadap situasi keselamatan, tulis Rania Abouzeid dalam Time pada November tahun lalu bahawa bayang Taliban menjadi panjang. "Banyak orang dari kampung terpencil ini yang kehilangan segala-galanya kerana banjir dan terpaksa datang ke kota untuk mencari pekerjaan. Mereka ini mudah terdedah dan merupakan situasi sempurna yang Taliban tunggu. Wujud lohong, ketakutan adalah di sana, dan lohong mungkin diisi dengan mudah oleh janji wang oleh Taliban.
Imran Khan, pemain kriket yang beralih kepada ahli politik pernah memberitahu bahawa banjir yang melanda mengancam kestabilan dalaman Pakistan, kecuali Barat menghulur bantuan segera. "Anda melihat 20 juta orang yang kelaparan, orang ramai yang marah, anda akan lihat negara yang lemah," jelas beliau. "Keadaan ini akan mengubah Pakistan, seperti 9/11 mengubah dunia. Negara ini tidak boleh bergerak kerana kerajaan kita yang korup dan lemah terdedah." Meskipun beliau menyerlahkan impalikasi keselamatan akibat bencana, Imran Khan mencemuh pemimpin Pakistan kerana cuba menakutkan negara penderma supaya percaya bahawa jika mereka tidak menghulur bantuan, Taliban akan mengambil kesempatan. "Ini cara mudah untuk mendapat wang daripada rakyat kami sendiri yang sengsara. Sememangnya, karut untuk mengatakan bahawa orang ramai yang terselamat daripada banjir mengambil senjata dan berjuang untuk Taliban. Bahaya sebenar datangnya daripada ancaman yang lebih besar, iaitu kestabilan keseluruhan negara kami."
Dalam "Pakistan One Year After the Floods," Christian Parenti menulis bahawa bagi mereka yang prihatin tentang impak manusia akibat perubahan cuaca, Pakistan yang dilanda banjir, menjadi pengarak, amaran, dan ujian. "Di Pakistan, seseorang dapat melihat bagaiman krisis cuaca dituras menerusi masalah sosial yang wujud terlebih dahulu, dan dengan itu, menuntut respons bahawa rangkaian strategi pengurangan bahawa orang yang berkempen cuaca pada amnya, menekankan program penyesuaian keadilan sosial. Lagipun, sememangnya, kemiskinan melampau yang menyebabkan banyak rakyat Pakistan sangat mudah terjejas pada cuaca yang melampau."
Dalam wawancara dengan Martin Bashir daripada MSNBC, Parenti menegaskan bahawa perubahan cuaca muncul di dunia membubuhi krisis ekonomi dan alam sekitar. Di negara, seperti Afghanistan, Kyrgyzstan, dan Somalia, kemarau dan banjir yang berkait dengan perubahan cuaca telah pun memburukkan lagi konflik awam yang sedia berlaku dan membangkitkan rusuhan kaum.
Para pegawai pada debat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendengar amanat yang menggerunkan tentang impak perubahan cuaca terhadap keamanan antarabangsa dan menggesa tindakan global untuk menangani konflik masa depan akibat kepanasan planet. Achim Steiner, Setiausaha Rendah PBB, dipetik sebagai berkata, "Skala dan kadar tindakan perubahan cuaca sebagai pengganda yang boleh mengakibatkan kesan serentak dan tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap di manakah kita akan tinggal, menanam tumbuhan makanan, mengekalkan infrastruktur kita yang berbina, atau bergantung padaa ekosistem berfungsi." Beliau memberikan amaran bahawa kuantiti dan kualiti sumber manusia akan semakin menanggung risiko daripada perubahan cuaca dan impaknya. "Tanpa tindakan yang luas dan secara kerjasama, titik hujung tidak boleh ditarik balik boleh berlaku dengan mungkin tiba-tiba dan tiba-tiba mendadakn mengejutkan komuniti dan negara. Keadaan ini boleh menyadung ketegangan dan huru-hara ke dalam konflik dan peperangan."

Selepas Jerman dan penyokongnya menghabiskan banyak masa dalam perundingan sebelum Majlis Keselamatan mengeluarkan kenyataan ringan tentang kesan perubahan cuaca terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa, seperti yang dilaporkan oleh Evelyn Leopold. Kira-kira 60 buah negara bercakap, kebanyakannya memberikan tumpuan terhadap kemusnahan yang perubahan cuaca kenakan di wilayah mereka dan perlu dihentikan. Pada 20 Julai lalu, kenyataan Majlis Keselamatan mengaitkan untuk pertama kali "kemungkinan kesan buruk perubahan cuaca" dengan keamanan dan keselamatan antarabangsa dan meminta Setiausaha Agung melaporkan implikasi keselamatan perubahan cuaca. Pada mulanya, kenyataan yang keras menyediakan hubungan yang jelas antara perubahan cuaca dengan konflik, memetik kemarau, penghijrahan yang bertambah, kekurangan makanan, dan potensi bencana lain.
Berikutan berlakunya kebuluran di Afrika Timur, Rajiv Shah, pentadbir Agensi Amerika Syarikat untuk Pembangunan Antarabangsa (USAID), memberitahu The Huffington Post mengancam kestabilan rantau itu. Beliau memberitahu bahawa krisis makanan di negara, seperti Etiopia, Kenya, dan Somalia meletakkan berjuta-juta nyawa pada risiko, dan mengancam nyahstabil seterusnya wilayah berkocak di dunia.
Pada minggu lalu, PBB mengiystiharkan dua kawasan kebuluran di selatan Somalia, menyatakan krisis makanan terburuk di Afrika sejak tahun 1991 -1992. Faktor segera krisis tersebut ialah kegagalan berulang-ulang hujan bermusim di seluruh Tanduk Afrika. Akan tetapi, Carne Ross menegaskan bahawa akan diperburukkan lagi oleh ketidakstabilan yang berpanjangan di Somalia, yang kerajaan yang diiktirafkan (dan dilantik) di peringkat antarabangsa mengawal beberala blok ibu negara itu, iaitu Mogadishu. Tempat-tempat lain di negara itu dikuasai oleh kumpulan lain, termasuk militia al-Shabaab. Bagi kebanyakan orang Somalia, kebuluran menunjukkan jurang yang amat dalam yang telah wujud dan kesengsaraan berterusan kemiskinan dan ketidakstabilan yang hina. Dasar antarabangsa untuk menstabilkan Somalia gagal keseluruhannya.
Robert D. Kaplan adalah antara penulis yang melihat alam sekitar sebagai salah satu faktor yang mengancam kestabilan. Dalam bukunya, The Ends of the Earth: A Journey to the Frontiers of Anarchy - From Togo to Turkmenistan, From Iran to Cambodia, daripada kembaranya ke Afrika Barat, Mesir, Turki, Iran, Caucasus, Asia Tengah, India, dan bahagian Asia Tenggara, beliau menegaskan tempat yang kebanyakan konflik sosial, politik, dan alam sekitar dipertontonkan bermulanya abad ke-21. Ramalan beliau berasaskan hujah bahawa pertumbuhan penduduk, penghijrahan, kemerosotan alam sekitar, ketaksamaan ekonomi yang semakin menjad-jadi, dan faktor lain bergabung untuk menundukkan negara miskin, terutamanya negara yang ditakrifkan oleh geografi politik yang ketinggalan zaman. Bahkan, semasa berbaring di atas katil di sebuah hotel di Danane beliau membayangkan: "Kemungkinan Perang Dingin kedua mungkin berada di atas diri kita, iaitu perjuangan yang berpanjangan antara diri kita dengan syaitan jenayah, tekanan penduduk, kemerosotan alam sekitar, penyakit, dan konflik budaya."

Sementara dalam bukunya, The Coming Anarchy: Shattering the Dreams of the Post Cold War, Kaplan mencadangkan inilah masa untuk memahami "alam sekitar dari segi isu keselamatan negara pada awal abad ke-21. Politik dan impak strategik akibat pertambahan penduduk, penyakit yang merebak, pembasmian hutan dan keterhakisan tanah, pengurangan air, pencemaran udara, dan kemungkinan kenaikan paras laut, wilayah yang sesak penduduk, seperti Delta Nil dan Bangladesh, perkembangan yang akan menyebabkan penghijrahan massa, dan seterusnya, mengapi-apikan konflik kumpulan akan menjadi teras cabaran dasar luar. Beliau memetik makalah Thomas Fraser Homer-Dixon yang diterbitkan dalam jurnal International Security pada musim luruh 1991 bahawa perang dan keganasan awam pada masa depan akan sering tercetus daripada kekurangan sumber, seperti air, tanah tanaman, hutan, dan ikan.
Thomas Homer-Dixon yang menulis "Disaster at the Top of the World," mengakui bahawa bukan mudah untuk menyelesaikan masalah perubahan cuaca. Dari segi global, tahun 2010 pada laluan ke tahun yang paling panas dari segi rekod. Di wilayah seluruh dunia, menunjukkan banyak sekali bahawa cuaca bumi berubah dengan cepat, seperti banjir lumpur yang mengakibatkan kemusnahan di China dan minggu-minggu kepanasan yang seolah-olahnya membakar di Rusia. Akan tetapi, di ibu negara dunia, gerakan tentang dasar cuaca hampir terhenti.
Dasar cuaca adalah kunci grid, dan wujud pada hakikatnya tiada peluang untuk menembusinya. Tulis Homer-Dixon, "Banyak faktor bergabur untuk mewujudkan situasi ini. Manusia yang terkenal kerana miskin bertindak balas terhadap masalah yang berkembang secara meningkat, Dan kebanyakan kita tidak ghairan menukar gaya hidup kita dengan mengurangkan secara ketara penggunaan tenaga kita. Akan tetapi, ahli sains sosial mengenal pasti alasan utama yang lain. Perubahan cuaca menjadi isu yang dipolarisasikan dari segi ideologi... Kepentingan istimewa yang sangat berkuasa, seperti industri arang batu dan minyak telah belajar bagaimana untuk menyekat gerakan tentang dasar cuaca dengan mengeksploitasi ketakutan orang ramai rasakan apabila identiti mereka diancam."
Beliau mengingatkan dalam kemungkinan besar senario, perubahan cuaca akan menyebabkan beberapa jenis gangguan wilayah atau benua, seperti kegagalan tanaman utama; gangguan akan lata seluruh dunia yang sistem ekonomi dan politik berhubung dengan erat untuk menghasilkan kesan global. Banjir yang teruk menggendalakan berjuta-juta orang di negara yang paling miskin, seperti yang kita lihat di Pakistan, mungkin membolehkan puak radikal merampas kuasa dan mengheret wilayah yang penting dari geopolitik ke kancah peperangan. Atau kemarau boleh menyebabkan wilayah yang kritikal dari segi ekonomi, seperti dataran China Selatan kehabisan rizab airnya, memaksa orang ramai meninggalkan kawasan itu beramai-ramai dan mencetuskan krisis yang bergema menerusi ekonomi dunia.
Selain mewujudkan ketidakstabilan, perubahan cuaca juga diikaitkan dengan beberapa wabak penyakit. Wabak yang terjadi, kedua-dua dalam kalangan rodensia dan manusia, dikaitkan dengan keberubahan cuaca.
Perbincangan dalam makalah ini mungkin tidak akan sempurna tanpa merujuk John Bellamy Foster yang boleh dikatakan banyak menulis tentang ekologi dan alam sekitar. Dalam "Why Ecological Revolution?" yang diterbitkan dalam Monthly Review, beliau berhujah bahawa kegagalan ekologi global boleh dianggap berpunca daripada keengganan golongan yang berkuasa untuk menangani akar umbi masalah ekologi dalam pengeluaran kapitalis dan mengakibatkan perlunya revolusi ekologi dan revolusi sosial. Bagi beliau, masyarakat egalitarian mesti mentakrifkan perjuangan sosial masa kini; bukan hanya kerana dari segi ekologinya perlu untuk kelangsungan manusia, tetapi juga kerana dari segi sejarahnya perlu untuk pembangunan kebebasan manusia. Hari ini, kita berhadapan dengan cabaran untuk menempa revolusi organik baru yang perjuangan untuk kesamaan manusia dan untuk bumi yang akan muncul kelak. Wujud hanya satu masa depan: iaitu pembangunan manusia mapan.
Selalunya konflik antarabangsa berpunca daripada pertikaian sempadan, tuntutan bertindih terhadap wilayah atau pulau, dan perebutan sumber, terutamanya minyak dan kini, termasuk air. Namun, punca konflik semakin luas kerana melibatkan tapak warisan, seperti yang berlaku antara Thailand dengan Kemboja dan pemujaan wira, seperti Alexander the Great yang mencetuskan pertikaian antara Greece dengan Macedonia. Juga yang melibatkan warisan seni dan tarian, seperti yang terjadi antara Indonesia (lebih tepat sebilangan rakyat Indonesia) dengan Malaysia. Kini, alam sekitar dan perubahan cuaca turut mencetuskan konflik antarabangsa dan mengancam kestabilan serantau.

No comments:
Post a Comment