Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Dalam keluaran 25 Julai 2011, dua majalah, iaitu Newsweek dan Time terbit dengan liputan utama tentang skandal penggodaman telefon di Britain yang melibatkan tabloid News of the World, yang akhirnya ditutup.
Newsweek dengan kulit depannya, "Nailed! Is This the End of a Media Empire" dengan "Plus: The Fall of Murdoch's Tabloid Queen," manakala Time dengan "Scandal: How a Tabloid Meltdown Threatens Murdoch and His Media Empire." Di dalamnya terkandung "Rupert's Red Manace" oleh Lloyd Grove dan Mike Giglio, di samping "How We Broke the Murdoch Scandal" oleh Allan Rushbridger, Ketua Editor The Guardian, akhbar yang mendedahkan penggodaman telefon itu, dan dalam kolum skandal media, muncul "Should Britain Muzzle its Press" oleh Daniel Hannan.
Grove dan Giglio meneroka kebangkitan dan kejatuhan Rebekah Brooks, wanita di tengah-tengah skandal yang menggoncangkan empayar media yang paling berkuasa di dunia. Mereka juga mengulas perletakan jawatan Rebekah Brooks sebagai Ketua Eksekutif News International, syarikat induk News of the World, yang berkata bahawa "Oleh itu, saya menyerahkan perletakan jawatan saya kepada Rupert dan James Murdoch." Dengan pengumuman itu, tegas mereka, wanita di tengah-tengah skandal adalah bahawa menggunakan Britain, editor tabloid yang mendewakan budaya "godam" yang lebih jauh bebas daripada akhlak Fleet Street, membuka bab baru dalam kisah yang menjanjikan menjadi berselerak dengan lebih banyak kulit kepala berbanding dengan yang Rebekah miliki.
"Sebagai editor News of the World dari tahun 2000 hingga 2003, Rebekah merupakan tokoh utama dalam skandal yang melanda media Murdoch, termasuk tuduhan penggodaman yang dilakukan oleh pemberita News of the World dan Sun ke dalam telefon sel selebriti, ahli politik, mangsa 9/11, dan remaja Inggeris yang dibunuh, di samping bayaran rasuah kepada polis untuk skup dan maklumat." Tambah Grove dan Giglio, penggodaman berlaku secara besar-besaran, iaitu Scotland Yard syaki lebih 4000 orang mangsa. Dan namun, Rebekah yang melihat News of the World banyaknya berlaku salah kelakuan dan salah laku yang teruk, hanya menegaskan bahawa dia tidak tahu bahawa amalan buruk itu berlaku.
Dalam Time pula, Catherine Mayer menulis "Tabloid Bites Man" bahawa Rupert Murdoch terpaksa mengorbankan akhbar hari Ahad terbesar di United Kingdom semata-mata untuk melindungi sesuatu yang lebih berharga, iaitu pengaruhnya. Kisah panjang tabloid memulas-mulas Britain, Catherine memulakan penulisannya, kisah kusut jenayah dan rasuah, ahli politik menjadi hamba abadi kepada akhbar, dan polis yang makan upah akhbar, mempunyai unsur sandiwara, bahkan lebih tragedi.
"Untuk berdekad-dekad," tulis Catherine, "wujud tiga kuasa utama dalam politik British: Parti Konservatif dan Parti Buruh, yang bergilir-gilir memerintah dan mencari kuasa, dan Rupert Murdoch dan merah atasnya (red-top), iaitu News of the World dan Sun, maka sebut nama akhbar warna merah yang menandakan kepada pembaca tiada apa-apa untuk orang yang terlalu cerdik pandai dalam akhbar berkenaan." Jelas Catherine, tabloid itu cepat dan mentah dan galak, seksaan kepada selebriti yang mementingkan privasi dan mengusutkan pengawasan terhadap keangkuhan ahli politik...
Dalam makalah itu juga dimuatkan maklumat ringkas dan beberapa kontroversi tentang empat tabloid British, iaitu News of the World (diasaskan pada tahun 1843, jumlah edaran 2.7 juta, akhbar hari Ahad yang berikutan pendedahan skandal penggodaman, menerbitkan edisi perpisahan pada 10 Julai), Daily Mirror (jumlah edaran 1.2 juta, diasaskan pada tahun 1903), Daily Star (jumlah edaran 700,000, diasaskan pada tahun 1978), dan Sun (jumlah edaran 2.8 juta, diasaskan pada tahun 1992); dan dua tabloid Amerika, iaitu National Enquirer (jumlah edaran 700,000, diasaskan pada tahun 1926) dan Star (jumlah edaran (jumlah edaran 900,000 dan diasaskan pada tahun 1974).
Berikutan skandal penggodaman telefon, "The Popular Press" dalam The Economist menegaskan bahawa tabloid merupakan seluruh dunia fenomena, tetapi tabloid muncul dalam keragaman yang sangat berbeza. Membangkitkan keputusan mahkamah pada tahun lalu kerana pemberita Bild Zeitung, akhbar terbesar Jerman yang memaksa pelakon, Ottfried Fischer, makalah itu mengingatkan bahawa Britain tidak mempunyai monopoli terhadap tabloid agresif, iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan untuk tablet termampat pada akhir abad ke-19, tetapi yang membawa maksud kewartawanan "padat." Tabloid sentiasa ada di negara maju dan banyak negara membangun, terutamanya di Brazil, yang di negara itu tabloid tumbuh dengan pesat beberapa tahun kebelakangan ini. Britain yang mempunyai setengah dozen tabloid nasional, kemungkinan yang paling banyak.
Dengan jumlah edaran datang pengaruh. Tulis makalah itu, "ahli politik British mungkin berasa takut akan tabloid, tetapi akhbar itu sendiri melihat peranannya lebih sebagai memberikan hiburan. Tabloid Jerman lebih politik jika dibandingkan dengan tabloid British, dengan tiga kali lebih liputan politik. Di kedua-dua negara itu, tabloid membantu menentukan nada debat politik."
Meskipun wujud perbezaan, tabloid di kebanyakan negara kaya mempunyai satu ciri bersama: kemerosotan jumlah edaran, jelas makalah itu lagi. Walaupun News of the World merupakan akhbar kedua terbesar di Britain, dengan jumlah edaran 2.6 juta naskhah, jumlah ini adalah terlalu kecil daripada sembilan juta naskhah yang dijual pada suatu ketika pada tahun 1950-an. Bild Zeitung kehilangan lebih 1.5 juta pembeli sejak tahun 2001.
Pembabitan News of the World dalam skandal penggodaman itu mendorong minat yang mendalam terhadap tabloid, seperti yang dinyatakan dalam The Economist itu. Bahkan, di Italy yang sentiasa bergelumang dengan skandal, seperti yang ditulis oleh Alexander Chancellor, akhbar di negara itu menyebut "Tabloid-gate" dan meruju Rebekah Brooks sebagai "the Red Gordon" atau "the Tabloid Dominatrix" atau "Murdoch's Medusa."
Bagi Howard Jacobson, novelis pemenang Booker Prize, skandal Murdoch itu mendedahkan bagaimana tabloid British hilang pengaruh dan hilang sentuhan dengan orang ramai yang membaca tabloid. "Apa yang mengubah kewartawanan tabloid bukan hanya Rupert Murdoch, tetapi televisyen dan pendewaan selebriti, tanpa kedua-duanya, maka sedikit telefon untuk digodam dan sedikit skandal tiada seketika untuk didedahkan.
Namun, bagi Ryan Linkof yang menulis dalam The New York Times, selagi kita patut mempunyai tabloid, kita patut mempunyai skandal tabloid. Beliau menjelaskan mengapa kita memerlukan tabloid. Membangkitkan kutukan terhadap pencerobohan tabloid terhadap kehidupan peribadi pada tahun 1936, Linkof menegaskan peristiwa yang berlaku baru-baru ini, menunjukkan tabloid tidak hilang cengkamannya terhadap pemberitaan lucah, terutamanya apabila yang berkait dengan pencabulan privasi. Dan bagi Linkof, ini untuk kebaikan.
"Ketepikan aktiviti haram News of the World," tegas beliau, kebenarannya adalah bahawa majoriti besar tabloid membawa liputan berita mereka berlebih-lebihan. Tabloid bukannya sumber luaran jangkitan, yang secara perlahan mencemari akhbar arus perdana, tetapi sebaliknya peluasan, dan selalunya tokok tambah, logik asas yang menghidupkan semua pelaporan berita."
Mempertahankan tabloid, Linkof menegaskan setiap wartawan, bukan hanya yang bekerja dengan tabloid, diminta mengambil risiko dalam mencari kebenaran, biasanya dalam lingkungan had yang dipersetujui. Tabloid mungkin lebih mencuri dan lebih terus mendesak jika dibandingkan dengan sumber berita yang lebih dihormati, tetapi ini merupakan soal darjah, bukan jenis.
"Kerja tabloid mungkin menjengkelkan, provokatif, dipersoalkan dari segi etika, dan bahkan terlalu menyalahi undang-undang, tetapi apabila diamalkan menurut undang-undang yang ada, kewartawanan tabloid mungkin menjadi pemain penting dalam budaya moden, membantu meringankan ketegangan utama dalam masyarakat demokratik. Kewartawanan selalunya diwarnai oleh pertarungan untuk mentakrifkan sempadan kelakuan penyiasatan yang boleh diterima." Dan tegas, Linkof dalam mempertahankan tabloid, "hanya sebagaimana tabloid seharusnya, secara konstan menguji sempadan itu."
Justeru, bagi sesiapa yang minat mengikuti skandal, terutamanya yang melibatkan ahli politik dan artis, anda perlu mempertahankan kewujudan tabloid. Tanpa tabloid, dunia yang bergelumang dengan skandal akan menjadi kaku dan beku. Sementara para pembaca akan menghadapi hari-hari tanpa tabloid dengan penuh kesunyian dan kebosanan. Atau memetik semula George Orwell, "anda seharusnya menghabiskan hari Ahad bersama-sama tabloid" yang sentiasa mencipta skandal.

No comments:
Post a Comment