RABU, 29 Mei 2019
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Buku ini merupakan
terbitan terbahAru dalam Siri Teks
Ekonomi Dewan. Sebelum ini, 13 buah buku telah diterbitkan dalam siri
berkenaan. Beberapa buku lagi akan diterbitkan pada tahun 1995. Buku yang
diterbitkan dalam Siri Teks Ekonomi Dewan mempunyai beberapa ciri tertentu,
seperti berbentuk topikal, berasaskan contoh tempatan, membincangkan implikasi
dasar, dan istilah penting serta perbincangan dimuatkan dalam setiap bab.
Buku Analisis Pendapatan Negara
(Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, RM18.00) ditulis oleh H.
Osman-Rani yang kini berkhidmat sebagai profesor di Fakulti Ekonomi, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang Editor Perunding siri ini.
Pada tahun 1990, beliau (bersama Maisom Abdullah) menghasilkan buku Fungsi
Pengeluaran yang juga merupakan Siri Teks Ekonomi Dewan.
Dalam buku ini, para pembaca dan
melihat betapa kompleks dunia ekonomi yang tidak mudah diselesaikan oleh
ahli-ahli ekonomi. Keadaan sedemikian berlaku kerana masalah ekonomi sering
berubah dan memerlukan cara penyelesaian yang berlainan.
Buku ini juga mengandungi beberapa
konsep asas dan bagaimana ekonomi negara berfungsi. Salah satu konsep yang
ditekankan dalam buku yang mengandungi tujuh bab ini ialah akaun negara. Pada
hakikatnya, akaun negara amat penting kepada pelbagai pihak.
Urus niaga ekonomi dalam tempoh tertentu yang melibatkan pelbagai sektor
ekonomi dan antara sesebuah negara dengan sesebuah negara yang lain dapat
dinilai melalui rangka akaun negara. Sebenarnya, akaun ini menunjukkan pelbagai
kegiatan ekonomi dan kegunaan maklumat yang terkumpul dalam analisis tentang
perjalanan sistem ekonomi.
Akaun negara juga berguna kepada kerajaan untuk menilai ekonomi pada masa
lalu dan merancang serta mengawal ekonomi pada masa depan.
Bagi ahli-ahli ekonomi pula, akaun negara digunakan untuk meneliti
perubahan ekonomi dalam tempoh tertentu, seperti kecekapan agihan sumber
ekonomi dan perubahan struktur ekonomi. Ahli-ahli perniagaan dan para pelabur
menggunakan akaun negara untuk menilai prestasi, prospek, dan dasar perniagaan
mereka berasaskan latar belakang ekonomi negara dan kedudukan sektor tertentu.
Walaupun akaun negara memang
penting, akaun ini tidak patut digunakan
sebagai ukuran kebajikan sosial di sesebuah negara. Ini kerana akaun negara
disusun untuk mengukur kegiatan ekonomi, dan bukannya menilai kualiti hidup
masyarakat.
Salah satu perbincangan yang menarik dalam buku ini ialah campur tangan
kerajaan dalam ekonomi. Mengapa kerajaan
perlu campur tangan? Menurut Osman-Rani,
kerajaan campur tangan untuk mencapai matlamat makroekonomi jangka pendek
(untuk meningkatkan pendapatan melalui pertumbuhan atau mengurangkan kadar
pengangguran dan mengawal inflasi). Sebenarnya, kerajaan berperanan sebagai
pengurus ekonomi negara.
Melalui campur tangan, kerajaan dapat mengatasi kelemahan yang wujud
pasaran, seperti kesan negatif eksternaliti, kuasa monopoli. Dan agihan
pendapatan. Di Malaysia, sejak tahun 1971, kerajaan menitikberatkan soal agihan
pendapatan untuk mewajar. kan campur tangan kerajaan dalam ekonomi.
Walaupun demikian, campur tangan kerajaan dalam ekonomi tidak berjalan
dengan licin kerana kadangkala timbul percanggahan dasar. Ini kerana wujud
pelbagai matlamat ekonomi hingga sukai ditentukan keutamaannya hingga terbawa.
bawa kepada soal bagaimana cara mat. lamat itu dicapai. Segala percanggahan
dasar ini mewujudkan dunia ekonomi yang kompleks yang ada kalanya tidak mampu
diselesaikan oleh para penggubal dasar dan ahli-ahli ekonomi.
Keadaan dipersulitkan lagi kerana
para penggubal dasar tidak sekata dalam penentuan dasar. Misalnya, para
peringkat awal perbincangan Dasar Ekonomi Baru (DEB), timbul konflik antara
golongan propertumbuhan dengan golongan proagihan.
Begitu juga, timbul konflik aliran pemikiran atau fahaman dalam kalangan penggubal dasar.
Setengah-setengahnya berpegang pada fahaman Keynes yang percaya kepada
keseimbangan, manakala golongan lain berpegang pada fahaman kewangan yang
dipelopori oleh Milton Friedman, dan ada pula yang menganuti fahaman klasik
baharu.
Buku ini amat sesuai dibaca dan d: gunakan oleh penuntut ekonomi di
univeristi tempatan yang mengikuti kursus makroekonomi yang utama dan bagaimana
ahli ekonomi cuba menganalisis masalah tersebut.
(Dewan Ekonomi, November 1994.)
(Dewan Ekonomi, November 1994.)
No comments:
Post a Comment