Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Perangkaan rasmi menunjukkan kira-kira 60,000 hilang setiap di seluruh India, sebilangannya ditemui, tetapi banyak yang langsung tidak ditemui. Demikian lapor Al Jazeera, bahawa kehilangan kanak-kanak itu sebagai wabak yang melanda negara yang padat itu. Kejadian yang popular dalam filem Bollywood, kini benar-benar berlaku di dunia nyata.
Secara purata, seorang kanak-kanak didapati hilang dalam setiap lapan minit, dan kanak-kanak di negara itu tidak lagi selamat.
Menurut +Al Jazeera English, culik merupakan jumlah terbanyak bagi kanak-kanak yang hilang. Daripada 33,098 jenayah yang dilaporkan terhadap kanak-kanak pada tahun 2011, sejumlah 15,284 merupakan kes culik. Penculik mungkin menghantar kanak-kanak itu ke negara lain, menahan mereka untuk mendapatkan wang tebusan, atau memaksa mereka menjadi pengemis.
Apakah kanak-kanak itu juga dihantar ke Malaysia? Apabila muncul kanak-kanak keturunan India menuntut hak kerakyatan di negara ini dengan sokongan orang politik yang sentiasa menangguk di air keruh, pernahkah kita bayangkan bahawa kanak-kanak ini sebilangannya adalah daripada kanak-kanak yang hilang itu?
No comments:
Post a Comment