Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Selepas 115 tahun hidup bersama-sama (mungkin bersumpah setia sehidup semati), akhirnya penyu gergasi di zoo Austria dilaporkan enggan berkongsi sarang lagi. Pihak pengurusan zoo, seperti yang dilaporkan oleh Austrian Times, memanggil pakar haiwan untuk cuba memberikan kaunseling kepada pasangan penyu yang si jantan bernama Poldi dan si betina bernama Bibi, dengan menyuapkan pasangan makanan mood baik romantik dan cuba mencuba membawa pasangan menyertai permainan bersama. Akan tetapi, segala usaha ini tidak berkesan.
"Kami berasakan bahawa pasangan penyu ini tidak sanggup memandang antara satu sama lain lagi," kata Helga Happ, Pengarah zoo yang terletak di Klagenfurt, tempat pasangan hidup sejak 36 tahun lalu. Sebelum itu, penyu itu tinggal di Basel Zoo di Switzerland. Kedua-dua penyu ini, yang berusia 115 tahun, hidup bersama-sama sejak haiwan ini masih muda dan membesar bersama-sama, akhirnya menjadi pasangan. "Akan tetapi, tidak pasal-pasal yang setiap orang dapat lihat, pasangan penyu seakan-akan bergaduh, dan tidak dapat menerima antara satu sama lain."
Kisah penguin tidak kurang menarik, tetapi tidak melibatkan perceraian. Pernah dilihat penguin Adelie jantan muda mencuba mengadakan hubungan seks dengan penguin betina yang sudah mati. Peristiwa ini, menurut The Guardian, menggetarkan George Murray Levick , ahli sains dengan Ekspedisi Antartik Scott 1910-13. Tidak ada pemerhatian yang dicatatkan sebelum ini, setakat yang Levick ketahui.
Levick yang menghabiskan musim panas Antartik 1911-12 memerhatikan koloni Adelie di Cape Adare, menjadikan beliau hanya seorang ahli sains setakat ini mengkaji kitaran pembiakan keseluruhan di sana. Ketika itu, beliau menyaksikan penguin jantan mengadakan hubungan seks sesama jantan dan juga dengan penguin betina yang sudah mati, termasuk beberapa ekor yang telah mati pada tahun sebelumnya. Beliau menyaksikan penguin mengadakan hubungan seks paksa dengan penguin betina dan anak-anak penguin dan kadangkala membunuh penguin itu.
Nampaknya, penguin juga mempunyai "kelab gay." Sebagaimana sebilangan manusia, penguin juga pandai "main belakang."
No comments:
Post a Comment