Pages

Saturday, June 9, 2012

McDonald's: Kadar Upah dan Produktiviti

SABTU, 9 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Selepas bersara, saya sekali-sekala, ada kalanya bersama-sama isteri dan cucu saya bersarapan di Restoran McDonald's yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Ketika promosi   prosperity , saya lebih kerap lagi ke sana.  Melihat banyak orang yang mengunjungi restoran itu, termasuk murid-murid yang sambil bersarapan berbincang mata pelajaran, tidak kurang yang berkomputer riba dan bersama-sama i-Pad,  saya dapat merumuskan bahawa McDonald's merupakan budaya kita.  Ketika lalu di hadapan restoran itu yang terletak di Pandan Mewah, selain terpandang promosi, saya juga kadangkala terpandang iklan jawatan kosong dengan upah tertentu, berdasarkan jam bekerja.

Carta harian The Economist pernah mengemukakan indeks Big Mac berasaskan teori kesetaraan kuasa beli.  Daripada perbandingan, harga Big Mac lebih mahal di Switzerland, Norway, Sweden, Brazil, dan Denmark berbanding dengan Amerika Syarikat, manakala burger di India paling murah, iaitu AS$1.62 (harga Maharaja Mac kerana Big Mac tidak dijual di negara itu).  Sementara Malaysia menduduki tangga keempat dari bawah dengan harga AS$2.34 berbanding dengan China AS$2.44.


Berdasarkan kertas kerja, maka carta harian terbaharu dan makalah, mengkaji produktiviti pengeluaran Big Mac dan jurang kebajikan dalam ekonomi yang berbeza. 



No comments:

Post a Comment