Pages

Saturday, June 9, 2012

Kesengsaraan Wanita India: Daripada Kelahiran kepada Keganasan

AHAD, 10 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Jason Burke pernah menulis dalam The Guardian bahawa wanita di India terpaksa memiliki senjata api untuk melindungi keganasan terhadap mereka, dan mereka tidak mempercayai polis untuk melindungi diri mereka. Menurut beliau, bilangan semakin bertambah bagi wanita India yang kaya dan terpelajar mencari senjata api untuk perlindungan.  Trend ini merupakan bahagian pertumbuhan yang lebih luas budaya senjata api di bumi yang pernah dikenali untuk prinsip tanpa keganasan Mahatma Gandhi.

Meskipun  kehidupan kaum wanita di negara itu meningkat,  misalnya dari segi celik huruf dan kekurangan kematian ketika melahirkan anak, dan mereka hidup lebih lama, dan dari segi menikmati beberapa kemudahan asas, diskriminasi, keganasan, dan bentuk lain permusuhan terhadap gadis dan wanita,  masih berleluasa. Keutamaan budaya terhadap anak laki-laki, bersama-sama dengan teknologi moden, seperti pengimbas ultrabunyi, menurut  A.R. yang menulis dalam The Economist, membolehkan ibu bapa mengenal pasti dan menggugurkan janin perempuan yang tidak dikehendaki pada kadar yang menakutkan.  Berjuta-juta gadis hilang daripada norma demografi. 

Pengguguran janin perempuan kelihatan berlaku lebih kerap di kawasan separuh bandar, dan bukannya di desa.  Di kota-kota India, keganasan terhadap wanita, dan gangguan secara am, merupakan kelaziman yang menekan. 

Meskipun ekonomi India mungkin melambung, tetapi apabila masuk bab menyediakan penjagaan kesihatan yang cukup untuk wanita mengandungi, negara ini terkebelakang, bahkan jika dibandingkan dengan negara jirannya yang miskin.  Nilanjana Bhowmick yang menulis dalam Time, membincangkan mengapa India masih merupakan salah sebuah tempat yang bahaya untuk melahirkan anak.

Menurut kajian tahun 2010 oleh Harvard School of Public Health,  150,000 kematian dapat dicegah pada tahun 2015 sekiranya wanita India mempunyai akses perancangan keluarga dan penjagaan kesihatan yang lebih baik ketika mereka mengandung dan bersalin.  Menurut laporan baru oleh Save the Children, India menduduki tangga keempat dalam kalangan 80 buah negara kurang maju, dengan hampir separuh daripada semua kelahiran berlaku tanpa profesional kesihatan yang terlatih.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dipetik oleh Bhowmick, walaupun angka menunjukkan kadar kematian semasa bersalin jatuh sebanyak 65 peratus antara tahun 1990 hingga 2010, India masih setakat ini, masih tinggi dari segi bilangan wanita yang mati ketika bersalin setiap tahun, dengan 56,000 kematian pada tahun 2010. 

Seperti yang diketahui, India merupakan salah sebuah negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat (kebelakangan ini agak merosot), dan dilaporkan  mempunyai jumlah orang kaya yang agak banyak (juga China) dalam senarai laporan kekayaan BCG tahun 2012.  India juga pernah mempunyai Perdana Menteri wanita yang terkenal, iaitu Indra Ghandi.  Namun, semua ini tidak bermakna bahawa nasib kaum wanita di negara itu terbela. Genosid yang berleluasa berlaku terhadap mereka, seperti yang dapat dilihat dalam kempen 50 Million Missing.   Bagi wanita miskin, mereka terpaksa bergiat dalam industri berjuta-juta dolar, iaitu Rahim untuk Disewa


No comments:

Post a Comment