Pages

Friday, June 8, 2012

Awas, Sarapan Mendedahkan Kisah Seks Anda!

JUMAAT,  8 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Apa yang seseorang lelaki makan ada kalanya mendedahkan sesuatu, sama ada sebelum ataupun selepas mengadakan hubungan seks.  Jika seseorang lelaki makan malam dengan sup ekor, maka dapat diibayangkan bahawa dia membuat persiapan untuk adegan ranjang.  Demikian juga jika seseorang lelaki itu bersarapan dengan dua biji telur separuh masak, itu menandakan dia memulihkan tenaganya yang dihabiskan malam tadi.

Pada suatu ketika dahulu, seorang kawan saya yang "kaki joli" memberitahu saya jika berkenalan dengan wanita di pub, kelab malam, atau coffee house, dia menawarkan untuk membelanjakan wanita itu minuman (lazimnya minuman keras).  Daripada pesanan minuman itu, dia dapat membaca apa yang terkandung di lubuk hati wanita itu, misalnya menghabiskan malam yang pendek itu bersama-samanya.

Justeru, jangan terperanjat bahawa  apa yang anda makan ketika sarapan itu sebenarnya menyatakan jenis hubungan seks anda malam tadi.  Jika seseorang memerhatikan anda bersarapan, awas ya! Dia mungkin "membaca" kisah ranjang anda!


No comments:

Post a Comment