Pages

Friday, June 8, 2012

Peta Sampah

JUMAAT, 8 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tulisan ini bukan tentang politik sampah-sarap di Selangor yang tercetus antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.  Sebaliknya, tentang sampah-sarap di seluruh dunia, seperti yang ditunjukkan dalam carta harian The Economist dan turut dibahaskan oleh Derek Thompson dalam The Atlantic.

Hampir semula sampah-sarat yang dihasilkan oleh warga kota, dan dalam laporan terbaharu tentang buangan padu perbandaran (MSW), Bank Dunia memberikan amaran kos potensi berurusan dengan timbunan sampah-sarap yang semakin membesar. Kota-kota di dunia kini menghasilkan kira-kira 1.3 bilion MSW setahun, atau 1.2 kg untuk setiap warga kota sehari, hampir separuh datangnya dari negara Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).  Diramalkan jumlah ini meningkat kepada 2.2 bilion ton pada tahun 2025, meningkat 520 juta sehari. 




No comments:

Post a Comment