Pages

Friday, June 8, 2012

Dari Rusia Mencari Jodoh

JUMAAT, 8 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Lupakan tentang koleksi jam tangan Presiden Vladimir Putin yang bernilai  sekurang-kurangnya 22 juta ruble.  Pada tahun lalu, Putin mengisytiharkan pendapatannya 3.6 juta ruble (AS$112,000), tetapi koleks jam tangan mungkin bernilai enam kali cukai itu. Anda mungkin berminat dengan laporan berita bahawa SP Setia dan Sime Darby mengalahkan Chelsea milikh hartawan Rusia untuk membida Battersea Power Station.  

Akan tetapi, ada lagi berita yang lebih menarik dari Rusia yang melibatkan wanita bujang yang kesepian mencari pasangan. Anna Nemtsova yang menulis dalam The Daily Beast, bahawa  banyak wanita di negara itu yang hilang harapan untuk mencari teman lelaki yang sesuai dari negara mereka sendiri. Peluang dating muram, maka banyak wanita Rusia secara sedar membuat keputusan untuk hidup membujang. 

Di Moscow sahaja wujud lebih tiga juta wanita bujang yang berumur antara 25 hingga 50 tahun, daripada 11.1 juta orang penduduk (jumlah wanita ini tiga kali ganda daripada jumlah lelaki di kota itu.  Di Rusia secara keseluruhan, wujud 11 juta lebih wanita berbanding lelaki, sebahagian kerana abad  revolusi berdarah, gulag, dan peperangan yang mengorbankan penduduk lelaki.

Namun, bilangan lelaki bujang dan wanita bujang  di Rusia, jelas Nemtsova, agak sama rata: 17.6 juta lelaki  bujang berbanding dengan 17.2  wanita bujang.  Maka, yang jelas wanita Rusia hanya tidak berminat berkahwin dengan lelaki Rusia.

"Ikan di laut asam di darat," di Moscow atau Kuala Lumpur juga mereka bertemu!


No comments:

Post a Comment