Pages

Thursday, November 24, 2011

Eropah: Revolusi dari Atas, Sejarah Purba Semula

JUMAAT,   25 November 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam komentar terbaharunya, Immanuel Wallerstein  menulis  kemunculan semula paksi Paris-Berlin-Moscow yang menurut beliau tidak diberikan perhatian oleh ahli politik dan media dunia. Sebaliknya, mereka membuang masa berdebat tentang prospek geopolitik yang tidak akan berlaku. Beliau cuba menarik perhatian tentang kemunculan paksi baru tersebut berhubung dengan pembinaan saluran gas Nord Stream di Laut Baltic,  dari Vyborg dekat St. Petersburg di Rusia ke Lubmin dekat sempadan Poland di Jerman tanpa melalui negara lain.  Dari Jerman, saluran gas itu menuju ke Perancis, Belanda, Denmark, Great Britain, dan negara yang berminat membeli gas Rusia. Kedua-duanya, iaitu Eropah Timur-Tengah dan Amerika Syarikat mendapati skim untuk mencegah kewuudan paksi Paris-Berlin-Moscow adalah tidak berdaya maju.

Walau bagaimanapun, Wallerstein tidak menumpukan penulisan terhadap krisis  zon  euro yang membawa kepada perubahan pucuk pimpinan di Athens dan Rom yang juga menyaksikan kehadiran beberapa penulisan yang menarik.  Etienne Balibar muncul dalam The Gurdian dengan "Europe's Revolution from Above" yang berhujah bahawa teknostruktur baru Kesatuan Eropah memulakan strategi untuk melindungi euro yang boleh secara fundamental, mengubah institusinya.  Beliau membangkitkan apakah yang akan berlaku  di Eropah selepas kejatuhan kerajaan Greece dan Itali dan kekalahan teruk parti sayap Kiri Sepanyol dalam pilihan raya Ahad lalu, yang merupakan masa untuk merisikokan penilaian.

Persoalan yang paling penting, bahas Etienne Balibar, adalah berhubung dengan evolusi institusi.  Perletakan jawatan sebagai respons terhadap tekanan daripada pasaran, yang menjadikan kos peminjaman meningkat atau jatuh, kemunculan "lembaga pengarah" Perancis-Jerman dalam Kesatuan Eropah, dan penabalan juruteknik yang mempunyai hubungan dengan kewangan antarabangsa, ditahbiskan dan diselia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), tidak boleh gagal untuk mencetuskan debat, emosi, dan pernyataan prihatin dan justifikasi.  Beliau juga membangkitkan penggantungan demokrasi, seperti yang berlaku di Greece dan Italy demi memulihara kemungkinan kewujudannya berterusan. 


Balibar mengetengahkan "revolusi dari atas," iaitu para pemimpin negara dominan dan teknostruktur Brussels dan Frankfurt yang mencuba di bawah cemeti keperluan, misalnya keruntuhan yang mata wang tunggal yang dijangkakan. "Kita tahu bahawa pendapat ini" tulis Balibar, "dicipta oleh Bismarck, mereka bentuk perubahan untuk struktur perlembagaan kebendaan, yang keseimbangan kuasa antara masyarakat dengan negara, ekonomi dengan politik, menghasilkan strategi pencegahan bagi pihak golongan pemerintah."


Bagi Balibar, persoalan besar ialah arah pemberontakan warganegara terhadap kediktatoran pasaran yang memperalatkan kerajaan.  Untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakannya, beliau menegaskan bahawa penyebaran dan agihan seluruh Eropah dari segi ketidaksamaan dan kesan kemelesetan (dan khususnya pengangguran) merupakan faktor muktamad. Akan tetapi, golongan intelektual dan aktivis dan kemampuan mereka untuk menganalisis dan kemarahan, yang akan menyediakan (atau tidak) makna simbolik untuk pemberontakan.


Berhubung dengan kritikal suara yang kini kedengaran, Balibar antaranya memetik  Jurgen Habermas tentang era pascademokratik Eropah.   Habermas berhujah bahawa untuk pengukuhan integrasi Eropah, manakala penegasan akan hanya boleh laksana dalam peristiwa  "pendemokrasian semula" tiga kali ganda, iaitu pemulihan politik sehingga menjejaskan kewangan, yang kawalan tempat membuat keputusan pusat dalam tangan parlimen yang dikuatkuasakan, dan mewujudkan semula matlamat perpaduan dan pengurangan ketidaksamaan antara negara Eropah.


Dalam menghadapi krisis kewangan, Bernard-Henri Levy yang menulis dalam The Huffington Post, mencadangkan sejarah purba semula memandangkan Rom dan Athens merupakan pusat gempa ribut ekonomi dan kewangan yang kini menggoncangkan Eropah dan dunia. Kedua-dua kota itu  merupakan dua daripada tiga sumber (satu lagi Baitulmuqqadis) dari segi etika dan agama. 


Bernard-Henri Levy menegaskan bahawa pertama, Eropah sendiri adalah dalam krisis. Bukan kewangan. Bukan ekonomi.  Eropah. Budayanya. Geniusnya. Hati nurani tanpa kesedarannya. Kewujudan berzaman-zamannya dan memorinya.  Semuanya membentuk asasnya dan asal usulnya.  Ringkasnya, beliau mengingatkan, kewujudannya. Kebenarannya.  Hingga takat itu, dalam usaha memahami apa yang berlaku, untuk mengetahui apa yang berlaku apabila kita berbicara tentang krisis hutang atau euro, untuk memahami, hanya untuk memahami, apakah gerakan popular protes yang kini menggoncngkan Rom dan Athens, dua kota agung kepintaran  Eropah, katakan, kita sepatutnya membaca semula Gibbons, Humboldt, atau bahkan Polybius, ahli teori ini tentang nasib dan kejatuhan paradigma Athens atau jalan Rom, dan bukannya Friedman atau Keynes.


Kedua, hujah Levy, penyelesaian krisis ini bukannya kewangan atau ekonomi, tetapi sekali algi, menurut pilihan, sama ada kerohanian, moral, ataupun politik.  Kerajaan teknokrat pastinya.  Penjawat awam, pakar, yang terbilang, individu yang kompeten, Mario Montis dan Lucas Papademoses, sangat bagus.  Rancangan jimat-cermat dan keketatan, ujian stres untuk bank, negara yang direformasikan yang terputus daripada Berlusconian, secara jelas, tidak ada seorang meninggalkannya.


"Balik semula ke Rom.  Pulihkan Athens.  Inilah satu-satunya rancangan," cadang beliau dengan gaya  puitis.


Krisis bukan sahaja melahirkan pemimpin, tetapi juga idea besar, antaranya revolusi dari atas, atau menggali semula sejarah purba.









No comments:

Post a Comment