Oleh ZULKIFLI SALLEH
(Nota: Tulisan ini berdasarkan cadangan buku "Pendidikan Kewarganegaraan" yang tidak dapat disempurnakan - Zulkifli Salleh)
Pada pertengahan September tahun 2009, beberapa akhbar
tempatan melaporkan bahawa 92 orang “tidak bernegara” menerima hadiah Hari
Malaysia apabila permohonan mereka untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan
diluluskan oleh kerajaan. Sesetengahnya
dilaporkan tanpa segan silu menitiskan air mata, manakala yang lain
berpeluk-pelukan antara satu sama lain menandakan kegembiraan dalam majlis yang
diadakan sempena Hari Malaysia di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
yang turut hadir dalam majlis itu memaklumkan bahawa beribu-ribu orang telah
memohon kewarganegaraan, sesetengahnya terpaksa menunggu 20 tahun untuk menjadi
warganegara Malaysia. Dilaporkan bahawa
terdapat 32,927 permohonan kewarganegaraan yang perlu diselesaikan, dan setakat
tarikh itu, 75 peratus telah pun diselesaikan.
Seterusnya, akhbar
The Star (8 Januari 2010) melaporkan
bahawa sekurang-kurangnya 66,000 orang di Sarawak tidak memiliki sijil
kelahiran dan/atau kad pengenalan, dan mereka dikelaskan sebagai orang tidak
bernegara atau tidak didokumentasikan. Bilangan
ini termasuk mereka yang tinggal dan/atau bekerja di kedua-dua kawasan, iaitu
desa dan bandar di negeri itu. Orang
tidak bernegara dianggap bukan warganegara kerana mereka tidak memiliki sijil
kelahiran dan/atau kad pengenalan, tetapi usaha telah diambil untuk
mendaftarkan mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan sijil
kelahiran atau kad pengenalan.
Siapakah
Orang Tidak Bernegara?
Orang tidak bernegara tidak selalunya difahami dengan
mendalam dan di banyak negara, skop orang tidak bernegara selalu
diabaikan. Orang tidak bernegara
sentiasa hidup dalam keadaan tidak tertentu kerana terpinggir daripada
masyarakat, sering kali tiada dokumen
identiti dan selalu menjadi mangsa diskriminasi.
Anggaran bilangan semasa orang
tidak bernegara di dunia adalah antara 11 juta hingga 15 juta orang. Pesuruhjaya
Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) tidak dapat menyediakan perangkaan yang tepat
akan bilangan orang tidak bernegara di seluruh dunia. Oleh sebab sensitif dari
segi politik, dan banyak kerajaan tidak menghitung dengan tepat jumlah orang
tidak bernegara, UNHCR menghadapi kesukaran untuk menyatakan jumlah sebenar
mereka. Walau bagaimanapun, UNHCR menganggarkan jumlah orang tidak bernegara
pada tahun 2008 ialah 12 juta orang.
Jumlah ini termasuk 6.6 juta orang di 58 buah negara yang perangkaan
negara berkenaan boleh dipercayai.
Kebanyakan
orang awam memandang ringan terhadap orang yang tidak memiliki pasport yang
dikeluarkan oleh mana-mana negara, tidak mempunyai negara yang boleh mereka
sebut sebagai tanah tumpah darah mereka, dan lazimnya kalaupun ada terlalu
sedikit, untuk mendapatkan hak politik dan sosial asas. Apabila ibu bapa tidak
mendaftarkan secara rasmi anak yang baru dilahirkan, maka apabila anak
berkenaan besar, dia tidak boleh belajar di sekolah atau universiti, tidak
boleh mendapatkan pekerjaan, melancong, malah tidak boleh berkahwin.
Orang tidak bernegara ialah seorang yang dari segi
undang-undang sesebuah negara tidak memperoleh taraf kewarganegaraan, iaitu
ikatan undang-undang antara negara dengan individu. Seorang yang bukan rakyat mana-mana negara
menurut undang-undang yang berkaitan dianggap orang tidak bernegara.
Berbanding dengan pelarian dan orang tidak bertempat yang
keadaan pahit getir mereka sering mendapat perhatian, orang tidak bernegara
kurang mendapat perhatian dan pada amnya, kurang difahami. Walau bagaimanapun, wujud instrumen
antarabangsa tentang orang tidak bernegara.
Perisytiharan Universal Hak Asasi Manusia menggariskan bahawa “setiap
orang mempunyai hak untuk kewarganegaraan.
Pada tahun 1961, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperkenalkan
Konvensyen Tentang Pengurangan Orang Tidak Bernegara. Oleh sebab masalah pelarian dan orang tidak
bernegara adalah bertindan, maka UNHCR dipertanggungjawabkan untuk memberikan
bantuan guaman kepada orang yang dilucutkan hak mereka dan membantu
menggalakkan penghindaran dan pembasmian orang tidak bernegara di peringkat
global.
Di
Manakah Orang Tidak Bernegara?
Dari Kenya ke
Republik Dominican, banyak negara dikatakan memperalatkan undang-undang kewarganegaraan
masing-masing, menyebabkan seluruh kumpulan etnik lahir dan membesar di dalam
sempadan negara berkenaan menjadi tidak bernegara, melucutkan mereka hak asasi
untuk penyertaan politik, kebebasan gerakan, pendidikan, dan pekerjaan.
Hak
kewarganegaraan sedang terancam yang tidak
pernah berlaku sebelum ini. Sejak
runtuhnya Komunisme di Eropah,
nasionalisme etnik menyebabkan berlaku perbuatan tidak memasukkan golongan
minoriti daripada kewarganegaraan di beberapa negara baru atau negara
pengganti. Di mana-mana sahaja negara,
diskriminasi merupakan sebab dan akibat keadaan tidak bernegara. Orang tidak bernegara menjadi mangsa larangan
sosial (social exclusion), keganasan
seks dan fizikal, dan banyak lagi keganasan hak asasi manusia.
Kira-kira dua juta orang tidak bernegara wujud di
Thailand, kebanyakannya anggota kumpulan etnik minoriti dan suku kaum bukit,
mungkin penduduk tidak bernegara terbesar di dunia. Kebanyakan mereka lahir di kawasan pedalaman
di sepanjang sempadan dengan Myanmar, tidak dapat berhubung dengan kerajaan,
dan tiada dokumen yang dapat membuktikan bahawa mereka atau salah seorang ibu
bapa mereka dilahirkan di Thailand.
Orang tidak bernegara, termasuk kira-kira 200,000 orang
Bihari yang bertutur dalam bahasa Urdu yang tinggal di penempatan pelarian di
Bangladesh. Mereka disekat daripada
banyak perkhidmatan kerajaan dan menjadi mangsa gangguan dan diskriminasi. Mereka pada mulanya hidup maju dan berjaya,
iaitu masyarakat yang memiliki tanah, tetapi mereka terkandas di Bangladesh
apabila negara itu berpisah daripada Pakistan pada tahun 1971.
Semasa Perang Dunia Kedua, beribu-ribu orang Yahudi yang terselamat
daripada kekejaman Nazi meninggalkan negara asal mereka, manakala berjuta-juta
etnik Jerman diusir dari negara-negara Eropah Timur, dan berjuta-juta orang
Poland, Ukrain, Byeloruss dan penduduk minoriti lain Kesatuan Soviet, sama
disingkir secara kekerasan ataupun
melarikan diri demi keselamatan diri mereka.
Rupert Taylor
“World’s Stateless People Stranded by War” dalam International Affairs (26 Mei 2009) menyatakan bahawa pada tahun
1947, negara Israel telah diwujudkan sebagai tanah air untuk orang Yahudi. Banyak orang Arab yang tinggal di negara itu
lari ke negara-negara jiran. Di Jordan, mereka diberikan pasport dan
kewarganegaraan, tetapi di negara Arab lain, mereka tidak diberikan pasport
atau kewarganegaraan. Orang ini dan
keturunan mereka ialah lima juta orang Palestin yang kini tidak bernegara.
Di
tempat-tempat lain di Timur Tengah, wujud kumpulan lain orang tidak bernegara,
iaitu Bidoon di Amiriah Arab Bersatu.
Mereka merupakan orang yang leluhur mereka tinggal di wilayah Teluk
Parsi sejak beberapa generasi yang lalu.
Mereka datang dari negara Arab, Iran, dan India, sebagai pekerja dan
saudagar. Bilangan orang Bidoon
dianggarkan 100,000 orang, dan mereka tidak memiliki dokumen identiti atau
pasport.
“Jauh ke
utara,” tulis Rupert Taylor, “sejumlah besar orang Rusia yang terkandas apabila
Estonia mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Kesatuan Soviet pada tahun
1991.” Estonia telah dicerobohi dan
diambil alih oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1940 dan banyak orang Rusia yang
dipaksa tinggal di sana. Apabila Estonia
mengiystiharkan bahawa negara itu bebas daripada pendudukan Soviet, Estonia menawarkan
tiga pilihan kepada mereka: balik ker Rusia, belajar bahasa Estonia dan lulus
peperiksaan untuk menjadi warganegara, atau kekal sebagai orang tidak
bernegara. Dianggarkan 160,000 orang
terjerat dalam kategori orang tidak bernegara. Demikian juga banyak orang
Rusia, Ukrainian, dan Belorussian yang terkandas di Latvia apabila Kesatuan
Soviet runtuh. Orang ini, menurut
kerajaan Latvia layak “pasport Latvia bukan warganegara” dan mereka adalah
kira-kira 350,000.
Kemerdekaan
Bangladesh melahirkan golongan bukan warganegara, iaitu setengah juta orang
Biharis tinggal di 116 buah kem di negara itu.
Mereka ditinggalkan daripada perang tahun 1971 yang menyaksikan Pakistan
Timur berpisah daripada Pakistan Barat.
Orang Bihari Muslim menyokong Pakistan Barat dalam peperangan perpisahan
itu, satu pilihan yang silap kerana pada pihak yang kalah. Selepas peperangan berakhir, orang Bihari
dibenarkan pindah ke Pakistan, tetapi tidak lama selepas itu, negara itu tidak
ingin menerima mereka lagi. Kini, Bihari
hidup dalam keadaan tidak bernegara di dalam kem-kem yang sangat kotor dan
jelik.
Wujud
juga kumpulan lain orang tidak bernegara di Myanmar, Kuwait, Republik
Dominician, Syria, dan banyak negara lagi.
Biasanya, keadaan hidup mereka adalah miskin dan harapan untuk
memperoleh kewarganegaraan adalah terbatas.
Orang tidak bernegara sentiasa tidak menghantar anak-anak mereka ke
sekolah dan menyebabkan keluarga terpaksa hidup dalam kemiskinan. Oleh sebab orang tidak bernegara selalunya
berpunca daripada persengketaan dan pertikaian masa lalu tentang apakah
yang membentuk identiti nasional, maka
pemberian kewarganeraan yang hanya dilakukan oleh pihak berkuasa di sesebuah
negara, memang sukar. Orang tidak bernegara juga termasuk orang Rohingya,
minoriti etnik yang beragama Islam dari bahagian barat Myanmar. Mereka dilucutkan kewarganegaraan dan
dinafikan hak awam dan terpaksa menghadapi penindasan atau eksploitasi, buruh
paksa, dan penindasan agama. Dalam tempoh kira-kira 10 tahun lalu, lebih
100,000 orang Rohingya membanjiri
Bangladesh, di situ mereka hidup di dalam kem atau di jalan-jalan raya.
Akibat
penindasan di negara asal mereka dan permintaan terhadap buruh murah
menyebabkan rakyat Filipina dan Indonesia membanjiri Sabah. Kini dianggarkan 750,000 orang, iaitu hampir
satu pertiga penduduk tempatan, rakyat kedua-dua negara itu menjadi orang tidak
bernegara di Sabah.
Bagaimana
Orang Menjadi Tidak Bernegara?
Orang tidak
bernegara wujud kerana beberapa alasan, termasuk diskriminasi terhadap kumpulan
minoriti dalam undang-undang kewarganegaraan, kegagalan untuk memasukkan semua
pemastautin sebagai warganegara ketika sesebuah mencapai kemerdekaan,
persengketaan undang-undang antara negara.
Orang tidak bernegara adalah
berpunca daripada pelbagai keadaan.
Negara mungkin semata-mata tidak wujud lagi, manakala individu gagal
mendapat kerakyatan di negara pengganti mereka; pertimbangan politik mungkin
menentukan perubahan dalam cara undang-undang kewarganegaraan digunakan atau
dikuatkuasakan; golongan minoriti etnik mungkin ditindas dengan menafikan
kewarganegaraan; atau sesuatu kumpulan mungkin di kawasan sempadan dan sering
menyeberangi sempadan, menyababkan negara di kedua-dua belah sempadan menafikan
mereka kewarganegaraan. Wujud individu
yang menjadi tidak bernegara kerana perkara
peribadi dan bukannya penindasan terhadap kumpulan yang dia menjadi
anggotanya. Keadaan tidak bernegara
boleh berpunca daripada perbezaan undang-undang antara negara, orang melepaskan
satu-satu kewarganegaraan tanpa memperoleh kewarganegaraan baru, atau kerana
hanya gagal mendaftarkan kelahiran anak.
Sebagai tambahan ialah kemungkinan wujud kategori baru, iaitu
pulau-pulau kecil yang akibat perubahan cuaca
ditelan oleh laut akan menyaksikan seluruh penduduk menjadi orang tidak
bernegara.
Melalui arahan yang membingungkan dari segi kedaulatan,
politik, undang-undang, teknikal atau pentadbiran atau kesilapan yang termasuk
seperti berikut:
- pemidahan wilayah atau kedaulatan yang mengubah taraf
kewarganegaraan sesetengah warganegara bekas negara berkenaan hingga
menyebabkan golongan yang terlibat tanpa
kewarganegaraan.
- pelucutan
sewenang-wenangnya kewarganegaraan sama
ada individu atau kumpulan oleh kerajaan.
- masalah
pentadbiran atau tatacara, seperti bayaran yang berlebihan, tarikh tutup yang
tidak munasabah, tidak ada rayuan atau tatacara kajian semula, dan kegagalan
untuk memberitahu individu tentang keperluan pendaftaran atau kewajipan lain.
- tindakan individu
melapaskan kewarganegaraan yang dimilikinya tanpa memperoleh kewarganegaraan
lain terlebih dahulu.
- perubahan secara
automatik kewarganegaraan akibat perkahwinan atau perceraian antara pasangan
dari negara yang berbeza.
- kegagalan untuk
mendaftarkan kanak-kanak ketika lahir, oleh itu, tidak ada bukti di manakah
atau siapakah yang melahirkan mereka.
- menjadi anak ibu
bapa yang tidak bernegara.
Orang
tidak bernegara tidak memiliki kerakyatan atau kewarganegaraan mana-mana
negara. Ikatan undang-undang antara
negara dengan individu berkenaan tidak wujud,
Orang tidak bernegara menghadapi pelbagai kesusahan dalam kehidupan
mereka sehari-hari, antaranya mereka
tidak menikmati kemudahan penjagaan kesihatan, pendidikan, hak harta
benda, dan keupayaan untuk bergerak secara bebas. Mereka juga mudah terdedah pada layanan
sembarangan dan jenayah, seperti perdagangan manusia. Peminggiran mereka boleh mencetuskan
ketegangan dalam masyarakat dan membawa ketidakstabilan di peringkat
antarabangsa, termasuk dalam keadaan yang serius, persengketaan dan pengusiran
(displacement).
Bolehkan
Orang Tidak Bernegara juga Merupakan Pelarian?
Dalam keadaan tertentu boleh, misalnya orang yang
terpaksa meninggalkan negara tempat tinggal mereka kerana menderita akibat
penindasan. Walau bagaimanapun, terdapat
orang tidak bernegara yang tidak mempunyai asas yang kukuh untuk berasa takut
akan penindasan, di samping banyak juga orang tidak bernegara yang tidak pernah
meninggalkan kediaman mereka selama ini, dan oleh itu, mereka tidak dianggap
sebagai pelarian. Demikian juga
sesetengah pelarian mungkin orang tidak bernegara, tetapi kebanyakannya tidak.
Menurut UNHCR,
kewarganegaraan merupakan ikatan undang-undang antara negara dengan individu,
dan orang tidak bernegara merujuk kepada keadaan individu yang tidak dianggap
sebagai warganegara oleh mana-mana negara.
Meskipun orang tidak bernegara ada kalanya orang tidak bernegara juga
merupakan pelarian, dua kategori ini berbeza dan kedua-dua kumpulan menjadi
perhatian UNHCR.
Meskipun sebilangan orang tidak bernegara merupakan
pelarian, tetapi kebanyakan mereka bukan pelarian. Pelarian ada kalanya dilucutkan kerakyatan
mereka kerana meninggalkan negara mereka atau kerana akibat penindasan. Namun begitu, banyak pelarian mengekalkan
kerakyatan mereka ketika mereka berada di luar negara. Sebaliknya, orang tidak bernegara selalunya
bukan mangsa penindasan, jarang-jarang berhijrah dari tanah air mereka.
Jenis
Orang Tidak Bernegara
Orang tidak bernegara merupakan masalah besar yang
melibatkan kira-kira 12 juta orang di seluruh dunia. Orang tidak bernegara juga membawa implikasi
yang sangat teruk terhadap kehidupan individu yang terlibat. Hak orang tidak bernegara banyak dicabuli,
misalnya mereka tidak dapat memperoleh dokumen identiti, mereka mungkin ditahan
kerana mereka tidak mempunyai negara, dan mereka boleh dinafikan peluang untuk
pendidikan dan perkhidmatan kesihatan atau dihalang daripada memperoleh
pekerjaan.
Terdapat dua jenis orang tidak bernegara, iaitu de jure dan de facto. Orang tidak bernegara de
jure tidak dianggap sebagai warganegara di sisi undang-undang mana-mana
negara. Walau bagaimanapun, wujud juga
keadaan apabila seseorang itu memiliki kerakyatan secara rasmi, tetapi
kerakyatannya tidak berkesan atau tidak berguna. Keadaan ini dikenali tidak bernegara de facto, contohnya apabila seseorang
itu dari segi amalan dinafikan hak yang dinakmati oleh semua warganegara lain,
misalnya hak untuk pulang ke negaranya dan tinggal di sana.
Penderitaan
Orang Tidak Bernegara
Tanpa kewarganegaraan, seseorang itu tidak boleh mengundi
di negara yang dia diami. Perjalanan
antarabangsa adalah mustahil jika dia tidak memperoleh pasport atau dokumen
perjalanan lain. Oleh sebab itu, orang
tidak bernegara merupakan pendatang tanpa izin ke mana-mana sahaja mereka pergi.
Banyak
perkhidmatan asas dikaitkan dengan kewarganegaraan. Persekolahan, keselamatan sosial, dan skim
persaraan selalunya memerlukan seseorang itu menjadi warganegara di negara
berkenaan. Dalam banyak keadaan, orang
tidak bernegara tidak dibenarkan bekerja.
Masalah bertambah rumit apabila mereka yang tanpa kewarganegaraan
mencuba untuk mendaftarkan perkahwinan atau kelahiran. Banyak orang tidak bernegara mudah terasa sebagai
orang luar yang diketepikan oleh kerajaan.
Seth
Mydans dalam makalah “Citizen of Nowhere” yang diterbitkan dalam International Herald Tribune (1 April
2007) berkata bahawa banyak orang tidak
bernegara adalah dalam kalangan golongan termiskin di dunia;
kebanyakannya dilucutkan hak mereka.
Tanpa kewarganegaraan, mereka selalunya tidak mempunyai hak untuk
persekolahan, penjagaan kesihatan atau pemilikan harta benda. Mereka juga tidak boleh mengundi atau
berjalan ke negara lain, malahan mungkin berjalan di bandar tempat mereka
tinggal. Mereka menjadi orang tidak
bernegara dengan pelbagai alasan, misalnya penghijrahan, kumpulan pelarian,
larangan masuk (exclusion) berasaskan kaum atau etnik, dan sifat aneh sejarah.
Tanpa
hak yang dianugerahkan oleh kewarganegaraan, mereka mempunyai sedikit ruang
untuk membela penganiayaan terhadap
mereka, dan sedikit peluang untuk memperoleh sumber yang yang dapat membantu
mereka membina kehidupan yang lebih baik.
Mereka mendapat sedikit pembelaan kerana kumpulan hak asasi manusia
cenderung memberikan perhatian terhadap jenis penganiayaan yang mereka
tanggung, seperti penyeludupan manusia, diskriminasi dan bukan terhadap akar
umbi masalah mereka, iaitu mereka tidak bernegara. Tempat kediaman mereka amat daif.
Orang
yang tidak memiliki kewarganegaraan mempunyai peluang yang terbatas atau tidak
ada langsung untuk mendapatkan
keadilan, penjagaan kesihatan,
perjalanan, pendidikan, pekerjaan, dan perwakilan politik. Mereka juga terdedah
pada penyeludupan manusia. Bagi golongan
yang tidak memiliki kewarganegaraan, peluang pekerjaan adalah terbatas, dan
oleh itu, mereka terdedah pada penindasan dan eksploitasi.
Navina
Vemuri, “More Plight of the Stateless, menulis dalam UNA-USA (17 Jun 2008), mereka dilupakan dan dipinggirkan; mereka
ialah orang tanpa kewarganegaraan, dilucutkan hak dan maruah mereka – mereka
merupakan orang tidak bernegara. Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian
(UNHCR) menganggarkan sejumlah 15 juta orang bukan warganegara di
sekurang-kurangnya 60 negara di dunia.
Meskipun kumpulan hak asasi manusia memberikan tumpuan terhadap jenis
penganiyaan yang ditanggung oleh bukan warganegara, orang tidak bernegara
selalunya tidak diberikan perhatian.
Sesetengah
orang tidak bernegara kerana negara nenek moyang atau leluhur mereka diwujudkan
semula, ditakluki, dibebaskan, dibahagikan, dibubarkan atau dibijajah atau
dinyahjajah. Dijangkakan bahawa beribu-ribu orang kemungkinan menjadi orang
tidak bernegara di Montenegro yang merdeka daripada Serbia pada tahun 2006. Sementara yang lain hilang kewarganegaraan
kerana perundangan atau bureucratic miscues, dan dalam keadaan tertentu, kerana
penghijrahan, menjadi pelarian atau larangan masuk berdasarkan etnik.
Ditinggalkan
tanpa negara, bukan warganegara dinafikan kebanyakan hak asas mereka. Banyak yang tidak boleh pergi ke sekolah,
bekerja secara sah, memiliki harta benda, berkahwin atau berjalan-jalan atau
melancong, malahan dalam keadaan tertentu tidak boleh keluar dari bandar
kediaman mereka. Mereka dapati
hampir mustahil untuk membuka akaun
bank, dan dalam keadaan kecemasan perubatan, mereka berhadapan dengan pelbagai
rintangan untuk diterima masuk ke hospital.
Jika mereka menjadi mangsa jenayah, mereka tidak boleh membuat laporan
kerana secara rasmi, mereka tidak wujud.
Orang menjadi tidak bernegara atas pelbagai alasan;
sesetengahnya terpaksa meninggalkan negara mereka akibat peperangan, tetapi
tidak diterima sebagai pelarian oleh negara tempat mereka menjadi
pelarian. Sesetengahnya terkandas
apabila sempadan negara beranjak; sesetengahnya pula menjadi tidak bernegara
kerana kelahiran tidak direkodkan dengan betul.
Orang tidak bernegara menghadapi
pelbagai masalah yang berbeza, bergantung pada di mana mereka hidup dan mengapa
mereka menjadi tidak bernegara. Oleh
sebab mereka tidak mempunyai cara atau kaedah
untuk mendapat kertas pengenalan diri untuk membuktikan kewarganegaraan
mereka, maka mereka tidak layak mengundi dan melibatkan diri dalam proses
politik, tidak dapat memperoleh dokumen perjalanan dan tidak dapat menikmati
pelbagai perkhidmatan kerajaan dan pekerjaan.
Di Kesatuan Eropah, misalnya, orang tidak bernegara, sebagaimana bukan
warganegara lain, lazimnya tidak boleh mengundi dan mungkin dihalang daripada
memperoleh pekerjaan dalam sektor awam.
Salah satu alasan utama orang
dinafikan atau dilucutkan kerakyatan, dan oleh itu, menjadi tidak bernegara
ialah diskriminasi kaum atau etnik. Denationalization dan pemecatan ini
beribu-ribu warga Mauritania kulit hitam adalah didorong oleh perkauman. Di Estonia, etnik Rusia terpaksa berhadapan
dengan tidak bernegara sejak kemerdekaan pada tahun 1991.
Diskriminasi jantina atau gender
juga merupakan faktor penting dalam mewujudkan dan mengekalkan keadaan tidak
bernegara. Banyak negara di dunia ini
masih tidak mempunyai undang-undang kewarganegaraan yang berkecuali dari segi
gender. Dalam keadaan yang lebih teruk,
wanita hilang kewarganegaraan mereka apabila mereka berkahwin dengan orang
asing, dan tidak boleh memanjangkan
kewarganegaraan mereka kepada anak-anak mereka.
Di Swaziland misalnya, perlembagaan yang diterima pakai pada tahun 2005
mensyaratkan bahawa anak yang lahir selepas perlembagaan itu dikuatkuasakan
merupakan warganegara hanya jika bapa anak berkenaan ialah warganegara di negara itu.
Di Afrika sahaja, lebih 20 buah negara masih menafikan hak wanita untuk
memanjangkan kerakyatan kepada pasangan asing (suami yang terdiri daripada
warga asing.
Pada tahun 1990-an, hampir suku juta
orang Rohingya melarikan diri mereka ke
negara jiran, iaitu Bangladesh dengan harapan melepaskan diri mereka daripada
penindasan di Myanmar. Kerajaan
Bangladesh mengiystiharkan bahawa Rohingya merupakan pendatang asing tanpa izin
dan menempatkan mereka di dalam kem-kem pelarian. Rohingya berasal dari bahagian barat
Myanmar. Sebagai kumpulan minoriti
Muslim, mereka menderita akibat
diskriminasi secara teratur yang dilakukan oleh rejim tentera di negara
itu.
Rohingya tidak dianggap sebagai warganegara dan tidak
boleh bergerak, berkahwin atau mencari pekerjaan tanpa memperoleh permit atau
memberi rasuah. Tanpa hak asasi yang
diberikan oleh kewarganegaraan, mereka tidak berupaya untuk mengelakkan
daripada pengenaan cukai secara sembarangan, buruh paksa atau perampasan
terhadap tanah mereka. Mereka bukannya
warganegara Bangladesh dan bukan juga warganegara Myanmar. Mereka yang melarikan diri ke Bangladesh
terpaksa hidup tanpa perlindungan undang-undang dan dilarang daripada
memperoleh pendidikan formal, penjagaan kesihatan yang boleh dipercayai, dan
mendapatkan sumber tetap makanan atau pendapatan. Mereka yang masih tinggal di Myanmar terpaksa
menanggung diskriminasi yang serupa.
Keadaan yang menyedihkan yang ditanggung oleh Rohingya menunjukkan
bahawa diskriminasi, eksploitasi atau penindasan, dan penyalahgunaan yang orang hadapi apabila
mereka dianggap tidak bernegara.
Belajar daripada Penderitaan Orang Lain
Bagi kita yang memiliki taraf kerakyatan atau kewarganegaraan,
kita mungkin tidak menyedari akan kesengsaraan orang tidak bernegara. Dengan mengetahui nasib malang yang menimpa
orang tidak bernegara boleh menimbulkan rasa kesedaran dan keinsafan pada diri
kita betapa bernilainya kerakyatan dan kewarganegaraan yang kita miliki.
Dalam “Statelessness: What It Is and
Why It Matters” yang diterbitkan dalam Forced
Migration Review (1 April 2009), Indira Goris, Julia Harrington dan Sebastian
Kohn menulis, “bagi kebanyakan kita, kewarganeraan hanya benar-benar penting
apabila kita ke luar negara, apabila Sukan Olimpik berlangsung, atau apabila
kita mengundi dalam pilihan raya umum.
Kita tidak pernah memikirkan kewarganegaraan dalam kehidupan
sehari-harian. Oleh sebab
pengiktirafan kewarganegaraan dianggap
penting untuk mendapatkan hak lain, seperti pendidikan, penjagaan kesihatan,
pekerjaan, dan kesaksamaan di sisi undang-undang, maka orang tanpa
kewarganegaraan, iaitu mereka tidak bernegara adalah antara golongan yang
paling mudah terjejas (vulnerable) di dunia ini.
Konsep dan Sifat Kewarganegaraan
Seperti dinyatakan dalam Bab 1, kita
tidak pernah memikirkan kewarganegaraan dalam kehidupan
sehari-harian. Kebanyakan kita tidak
pernah memikirkan perkara kewarganegaraan kita kerana kita memperolehnya secara
automatik apabila kita dilahirkan. Hakikatnya, memiliki kewarganegaraan merupakan syarat
penting untuk penyertaan sepenuh dalam masyarakat dan prasyarat untuk menikmati
hak asasi manusia yang sepenuhnya.
Namun begitu, dari segi amalan, kewarganegaraan
tidaklah semudah yang disangkakan itu, bahkan perbincangan tentang konsep
kewarganegaraan itu sendiri melibatkan satu tempoh yang amat panjang dan tanpa
kesudahannya. Apabila
timbul kontroversi berhubung dengan pemberian terhadap orang Cina dan India di
negara ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, seperti
yang dilaporkan dalam The Star (4
Februari 2010), berkata, “kewarganegaraan orang bukan Melayu di negara ini
sepatutnya tidak dipersoalkan.
Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa orang
Melayu ialah kaum peribumi di negara ini, manakala orang bukan Melayu mempunyai
hak kewarganegaraan.”
Orang telah membincangkan idea kewarganegaraan sejak beribu-ribu tahun,
tetapi hingga kini, tiada persetujuan mutlak tentang ketepatan apakah yang
dimaksudkan dengan kewarganegaraan.
Konsep kewarganegaraan di sisi undang-undang agak mudah, iaitu biasanya
dikaitkan dengan negara bangsa dan ditakrifkan dari segi undang-undang sesebuah
negara. Itulah sebabnya mengapa selalu
dianggap bahawa idea tentang kewarganegaraan mempunyai kaitan rapat dengan idea
patriotisme.
Rainer Bauböck (1997),
“Citizenship and National Identities in the European Union,” berkata bahawa perbezaan
antara warganegara dengan orang asing yang mendasari empat premis asas konsep
kewarganegaraan: (i) orang asing tertakluk sepenuhnya kepada kedaulatan
sesebuah wilayah; (ii) orang asing tidak termasuk dalam hak warganegara; (iii)
negara adalah berdaulat dalam menentukan
peraturan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan atau kehilangan taraf itu;
(iv) hak asasi manusia secara berkesan bergantung pada kewarganegaraan.
Takrif dan Makna Kewarganegaraan
Kerakyatan atau kewarganegaraan
merupakan ikatan undang-undang antara negara, undang-undang negara
berkenaan, dan individu. Ikatan ini
merangkumi hak politik, ekonomi, sosial, dan hak lain, di samping tanggungjawab
kerajaan dan warganegara. Sesetengah negara
menggunakan perkataan “kerakyatan”, manakala sesetengah negara lain menggunakan
perkataan “kewarganegaraan” untuk menunjukkan ikatan undang-undang
berkenaan.
Kewarganegaraan ialah keanggotaan penuh di
sesebuh negara atau dalam beberapa unit lain dalam kerajaan. Hampir
semua orang mempunyai kewarganegaraan sekurang-kurangnya di sebuah negara. Dari segi teori politik dan undang-undang,
kewarganegaraan merujuk kepada hak dan tanggungjawab anggota sesebuah negara
bangsa atau kota. Setiap warganegara mempunyai hak tertentu dan tanggungjawab
tertentu. Tidak semua orang di sebuah
negara itu merupakan warganegara di negara berkenaan. Banyak juga negara yang
mempunyai rakyat yang bukan warganegara.
Dalam sesetengah konteks sejarah, warganegara
ialah sesiapa sahaja yang menjadi anggota sesebuah kota. Idea kewarganegaraan dibangunkan di kota
Greece dan Rom Purba kira-kira 700 S.M.
Orang Greek dan Rom awal berpendapat bahawa kota terutamanya adalah sebagai
komuniti dan bukannya sebagai tempat geografi.
Komuniti berkenaan terdiri daripada warganegara yang dikaitkan dengan
ikatan, seperti persahabatan, hubungan kekeluargaan, dan penyertaan dalam kerajaan. Walau bagaimanapuh, tidak semua
orang di kota itu mempunyai kewarganegaraan, misalnya golongan hamba. Oleh itu,
kewarganegaraan terbatas pada manusia bebas yang mempunyai hak untuk menyertai
debat politik kerana mereka memberikan sumbangan selalunya melalui khidmat
ketenteraan.
Gordon Marshall dalam A Dictionary of Sociology (1998) mengatakan bahawa dalam teori
politik dan undang-undang, kewarganegaraan merujuk kepada hak dan tugas anggota
negara bangsa atau kota. Dalam
sesetengah konteks sejarah, warganegara ialah mana-mana anggota sesebuah kota;
maksudnya, kolektiviti bandar yang secara relatifnya, kebal daripada tuntutan
raja atau negara. Di Greece klasik,
kewarganegaraan terbatas pada manusia bebas, yang mempunyai hak untuk menyertai debat
politik kerana mereka memberikan sumbangan, selalunya menerusi khidmat ketenteraan,
kepada sokongan langsung negara kota.
Sering dibahaskan oleh ahli sejarah bahawa kewarganegaraan, justeru
diperluaskan dengan pendemokrasian untuk memasukkan takrif yang lebih luas
tentang warganegara tanpa mengambil kira jantina, umur, atau etniksiti. Konsep ini dihidupkan semula dalam konteks
negara moden, terutamanya ketika Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika, dan
secara beransur-ansur dikenal pasti
lebih pada hak berbanding dengan
kewajipan atau obligasi. Pada
zaman moden, kewarganegaraan secara lazim, merujuk kepada pelbagai organisasi
yang menginstitusikan hak ini dalam
negara kebajikan.
Dalam bidang sosiologi, teori terbaru tentang kewarganegaraan
diilhamkan daripada T.H. Marshall yang mentakrifkan kewarganegaraan sebagai
status yang dinikmati oleh seseorang yang merupakan anggota penuh
komuniti. Kewarganegaraan mempunyai tiga
komponen: sivil, politik, dan sosial. Hak sivil adalah perlu untuk kebebasan
individu dan diinstitusikan di mahkamah undang-undang. Kewarganegaraan politik menjamin hak untuk
menyertai penggunaan kuasa politik dalam komuniti berkenaan, sama ada melalui
pengundian atau memegang jawatan politik.
Kewarganegaraan sosial ialah hak untuk menyertai taraf hidup yang
sesuai; hak ini terkandung dalam sistem kebajikan dan sistem pendidikan
masyarakat moden. Ciri penting teori
Marshall ialah pandangan beliau bahawa wujud ketegangan atau percanggahan kekal
antara prinsip kewarnegaraan dan operasi pasaran kapitalis. Kapitalisme, tidak dapat tidak, melibatkan
ketidaksamaan antara kelas sosial, manakala kewarganegaraan melibatkan beberapa
pengagihan semula sumber kerana hak yang dikongsi sama rata oleh semua anggota masyarakat.
Teori Marshall banyak mencetuskan pertikaian.
Kritikan terhadap teori itu membahaskan bahawa adalah hanya deskripsi
pengalaman Inggeris semata-mata, dan bukan analisis bandingan tentang
kewarganegaraan; bahawa mempunyai pandangan evolusinari dan teologi tentang
pengembangan kewarganegaraan yang tidak dapat dielakkan, dan tidak mengkaji
proses sosial yang melemahkan kewarganegaraan; tidak mengemukakan perbezaan gender dalam
pengalaman kewarganegaraan; gagal mengemukakan jenis kewarganegaraan lain,
seperti kewarganegaraan ekonomi; dan tidak jelas tentang punca pengembangan
kewarganegaraan. Sesetengah ahli
sosiologi percaya bahaw hujah Marshall boleh diselamatkan daripada kritikan ini
jika teori asal itu diubahsuaikan.
Kewarganegaraan, seperti yang dikatakan,
merupakan realiti yang kompleks dan multidimensi yang perlu diletakkan dalam
konteks politik dan sejarahnya. Kita
tidak boleh berbicara tentang kewarganegaraan secara berasingan kerana idea
hanya mempunyai mana-mana makna yang berkaitan dengan keperluan sebenar
masyarakat atau sistem politik.
Kewarganegaraan demokratik, khususnya, merujuk kepada penyertaan yang
aktif oleh individu dalam sistem hak dan tanggungjawab which is the lot of
citizenship dalam masyarakat demokratik.
Ahli sejarah menegaskan bahawa kewarganegaraan
dengan demikian diperluaskan dengan pendemokrasian untuk memasukkan takrif yang
lebih luas tentang warganegara tanpa mengira jantina, umur, atau kaum atau
etniksiti.
Unsur atau Dimensi Kewarganegaraan
Konsep kewarganegaraan mengandungi tiga unsur
atau dimensi, iaitu kewarganegaraan sebagai status undang-undang, yang
ditakrifkan oleh hak sivil, hak politik, dan hak sosial. Di sini, seseorang warganegara ialah orang di
sisi undang-undang bebas untuk bertindak menurut undang-undang dan mempunyai
hak untuk menuntut perlindungan undang-undang.
Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa warganegara mengambil bahagian
dalam penggubalan undang-undang dan tidak juga memerlukan bahawa hak adalah seragam
antara warganegara. Yang kedua
mempertimbangkan warganegara secara khusus sebagai agen politik yang secara
aktif mengambil bahagian dalam institusi politik masyarakat. Yang ketiga merujuk kepada kewarganegaraan
sebagai keanggotaan dalam masyarakat politik yang memberikan sumber identiti
yang berbeza.
Baru-baru ini, ahli sosiologi melangkaui teori
tradisional tentang demokrasi, liberalisme, dan masyarakat sivil untuk
mengemukakan persoalan tentang perhubungan yang berubah antara individu,
masyarakat, dan negara, di dunia yang negara bangsa kian tertakluk kepada
pengaruh daripada institusi supranasional.
Sememangnya, berguna untuk melihat beberapa
perkembangan yang lebih penting dalam idea kewarganegaraan, kerana ini membantu
untuk mengeluarkan pelbagai lembar makna yang dibincangkan pada masa sekarang,
iaitu:
- Asal usul kewarganegaraan boleh dikesan sejak Greece Purba, apabila
“warga” ialah mereka yang mempunyai hak
dari segi undang-undang untuk
turut serta dalam hal ehwal negara.
Akan tetapi, tidak bermakna bahawa setiap orang ialah warganegara:
hamba dan wanita, khususnya, merupakan rakyat jelata semata-mata. Bagi mereka yang mempunyai status hak
istimewa sebagai warganegara, idea “civic virtue” atau menjadi warganegara
yang “baik” merupakan bahagian penting dalam konsep ini. Tradisi ini membawa kepada penekanan
terhadap tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh warganegara.
- Perseikatan antara kewarganegaraan dengan identiti nasional muncul
secara natural daripada hakikat bahawa status undang-undang “warganegara”
selalunya terikat pada negara bangsa, justeru, hubungan antara kewarganegaraan dengan
patriotisme.
- Pandangan liberal tentang kewarganegaraan, yang
dibangunkan pada abad ke-19, menekankan kepentingan hak semua
warganegara. Oleh sebab hak
mengundi mula diperluaskan secara beransur-ansur, maka hak keadilan
dan politik menjadi realiti untuk jumlah penduduk yang semakin meningkat.
- Pada abad ke-20, para penyokong “kewarganegaraan sosial” melangkah lebih jauh dengan mengiktiraf
bahawa hak sivil dan politik hanya merupakan bahagian apakah yang
warganegara mungkin boleh harapkan daripada negara. Kebangkitan negara kebajikan pada abad
lalu Pada abad ke-20, para penyokong
“kewarganegaraan sosial,” pergi lebih jauh, dalam mengiktiraf bahawa
warganegara mungkin dapat menjangkakan daripada negara. Kebangkitan negara kebajikan pada abad
lalu terhutang sangat besar kepada para pemikir yang membahaskan hak warganegara
mungkin meliputi keadaan hidup dan syarat kerja mereka, berbanding dengan
hanya penyertaan dalam politik “tinggi” semata-mata.
- Konsep “kewarganegaraan berganda”
wujud untuk sementara waktu dan membenarkan individu mungkin secara serentak menjadi warganegara lebih daripada sebuah
negara atau badan yang mengurus.
Misalnya, dengan perkembangan Kesatuan Eropah, warganegara bagi
negara anggota Kesatuan Eropah semakin memiliki beberapa hak daripada
Kesatuan dan tugas untuk Kesatuan secara keseluruhan, dan bukan hanya
terhadap negara bangsa mereka sendiri.
- Lembaran atau unsur akhir dalam kesatuan konsep kewarganegaraan,
tetapi semakin penting, melibatkan idea pendidikan. Jika kewarganegaraan dalam maksud
tradisional melibatkan menikmati hak dan juga melaksanakan tugas, maka
wujud maksud yang warganegara mungkin dikatakan tidak dilahirkan, tetapi
dicipta. Kesetiaan dan
tanggunjawab, misalnya, ialah kualiti yang penting untuk menjadi warganegara
dalam maksud sepenuh istilah, maka warganegara “sebenar” perlu dididik –
dalam maksud perkataan yang lebih luas.
Kini,
anggapan kebanyakan orang tentang kewarganegaraan akan memasukkan unsur
setiap enam konsep yang digariskan di atas, meskipun dalam perkadaran yang berbeza. Sesetengah orang akan menekankan unsur
“tugas,” manakala yang lain akan memberikan kepentingan yang lebih terhadap
“hak” atau “patriotisme” atau terhadap kualiti yang sepatut dimiliki oleh
warganegara “sebenar.”
Masalah Kewarganegaraan
Kebanyakan debat atau perbahasan kini yang
berkait dengan kewarganegaraan adalah tertumpu pada masalah penyertaan dan
penglibatan warganegara yang semakin meningkat dalam proses masyarakat
demokratik. Semakin disedari bahawa
pengundian berkala oleh warganegara
adalah tidak cukup dalam tempoh interim kebertanggungjawab sepenuh atau
dalam menggalakkan perasaan pemerkasaan dalam kalangan warganegara biasa. Seterusnya, bahkan pola pengundian mereka
sendiri menunjukkan tahap apati politik dalam kalangan penduduk yang melemahkan
dengan serius fungsian berksesan demokrasi.
Selain pengundian dalam pilihan raya, apakah bentuk penglibatan atau
penyertaan yang mungkin untuk warganegara biasa?
Set isu kedua yang kemungkinannya wajar kurang
diberikan perhatian hingga kini, tetapi semakin penting, tertumpu pada
persoalan mana-mana individu yang tidak boleh, untuk satu alasan atau yang
lain, menerima faedah penuh kewarganegaraan.
Satu aspek ini ialah akibat pola berterusan diskriminasi dalam
masyarakat: kumpulan minoriti mungkin lazimnya memiliki kewarganegaraan rasmi
sesebuah negara tempat mereka tinggal, tetapi mereka masih dilarang daripada
penyertaan sepenuh dalam masyarakat berkenaan.
Aspek
kedua masalah ialah akibat globalisasi yang kian bertambah, termasuk pola baru
kerja dan penghijarah yang menyebabkan bilangan yang besar orang di seluruh dunia menjadi pemastautin di luar
negara, tetapi tidak boleh memohon kewarganegaraan rasmi. Orang berkenaan mungkin termasuk pekerja
imigran, pelarian, pemastautin sementara atau bahkan mereka yang membuat
keputusan untuk menjadi pemastautin di negara lain.
Terdapat perbezaan tradisi yang sangat berbeza
tentang kewarganegaraan dalam masyarakat yang berbeza. Kewarganegaraan yang aktif yang berasaskan
pencapaian hak menerusi perjuangan sosial adalah sangat berbeza daripada kewarganegaraan
pasif yang diperturunkan dari atas oleh negara atau kerajaan. Wujud juga perbezaan pendekatan teoritikal
untuk memahami struktur dunia awam dan dunia swasta dari segi konsepsi
kewarganegaraan.
Bagi sesetengah ahli sosiologi, seperti Talcott
Parsons, pertumbuhan kewarganegaraan merupakan ukuran pemodenan masyarakat
kerana ukuran itu berasaskan nilai universalisme dan pencapaian. Perbezaan tradisi teoritikal ini adalah
terutamanya hasil dua pandangan yang yang berlawanan tentang
kewarganegaraan: sama ada dilihat
sebagai aspek liberalism borjuis yang kes yang dilibatkan ialah pandangan
konservatif penyertaan sosial atau dianggap sebagai cirri politik demokratik
radikal; sama ada diketepikan sebagai pembaharuan kapitalisme semata-mata atau
dianggap sebagai dasar fundamental demokrasi.
Baru-baru ini, ahli sosiologi melangkau melampaui
teori tradisi demokrasi, liberalism, dan masyarakat sivil, untuk mengemukakan
persoalan tentang hubungan yang berubah-ubah
antara individu, komuniti, dan negara, di dunia yang negara bangsa
semakin tertakluk kepada pengaruh institusi supranasional. Adakah globalisasi menggantikan
kewarganegaraan negara dengan konsepsi universal yang sebenar tentang hak asasi
manusia?
Makna Kewarganegaraan dari Segi
Pengaruh Politik
Debat atau perbahasan tentang pengaruh politik
berpunca daripada persekitaran politik yang berubah-ubah apabila orang ramai
mul mempersoalkan di manakan kesetiaan politik mereka patut dicurahkan. Dalam masyarakat yang berubah-ubah dan
semakin global, perdebatan semakin hangat tentang apakah entiti atau
entiti-entiti yang patut dianggotai oleh warganegara. Pastinya, kita ialah anggota keluarga kita
sendiri, komuniti kecil, kota, negeri, dan negara. Dalam era ketika dunia semakin mudah
dihubungi oleh semua orang, timbul persoalan adakah kita ialah warganegara
semata-mata hanya negara kita sendiri atau kita ialah warganegara komuniti
dunia?
Para penyokong keunggulan kosmopolitan
membahaskan bahawa kita sepatutnya menjadi warganegara dunia dan bahawa
pendidikan kewarganegaraan sepatutnya menyediakan kita untuk kesetiaan global. Penyokong kewarganegaraan global sedemikian
menggalakkan penyediaan untuk kewarganegaraan menerusi pendidikan
kewarganegaraan kosmopolitan. Program
ini berasaskan idea bahawa untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan adil, kita
mesti belajar untuk mengiktiraf dan
menghargai perbezaan kita dan menentukan matlamat bersama.
Dalam kajian beliau tentang pandangan yang
berbeza tentang kewarganegaraan dan kesetiaan, Darling menegaskan bahawa
kewarganegaraan kosmopolitan adalah bermanfaat dengan tiga cara. Pertama, kewarganegaraan sedemikian membantu
kita untuk melihat diri kita dengan jelas kerana kita melihat diri kita dalam
hubungan dengan orang lain. Kedua,
Darling membahaskan bahawa perbincangan politik secara tekal disabotajkan oleh
kesetiaan kepartian. Beliau
memperjuangkan peralihan fokus kepada satu kewarganegaraan global dan
mengteorikan bahawa ini akan membasmikan halangan kepartian sedemikian. Akhir sekali,
kewarganegaraan kosmopolitan mengiktiraf keinginan semula jadi manusia
untuk mendapatkan keadilan dan kebaikan.
Para pengkritik terhadap pendekatan kosmopolitan
untuk pendidikan kewarganegaraan membahaskan bahawa tidak wujud komuniti dunia
yang sedemikian. Mereka percaya bahawa komuniti dunia hanya
teoritikal semata-mata dan menunjukkan konflik atau persengketaan dan
peperangan semasa memperlihatkan ketidaksediaan membantu manusia lain sebagai
bukti kesetiaan nasional membayangi mana-mana kesetiaan global.
Kajian kami tentang perbincangan semasa atau
kontemporari, memperlihatkan perbezaan penting terhadap tiga dimensi
kewarganegaraan. Sebagai status
undang-undang, kewarganegaraan kekal sebagai teras konsepsi semasa: teras
normatifnya merupakan prinsip bahawa warganegara boleh menikmati hak sama rata,
meskipun banyak yang bersetuju kini bahawa dalam keadaan tertentu, pertimbangan
sama rata kepentingan individu mungkin boleh diwajarkan akibat layanan yang
berbeza daripada negara.
Cara-cara untuk Menjadi
Warganegara
Setiap negara boleh dikatakan mempunyai pelbagai
undang-undang yang menentukan pemberian taraf kewarganegaraan kepada
seseorang. Orang ramai menjadi
warganegara melalui dua cara, iaitu melalui kelahiran dan melalui
pewarganegaraan atau naturalisasi. Hak
untuk mendapatkan kewarganegaraan apabila seseorang itu dilahirkan di sesebuah
negara dikenali sebagai jus soli. Undang-undang di kebanyakan negara, termasuk
Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Kanada, pemberian kewarganegaraan
berdasarkan jus soli.
Sesetengah negara menggunakan peraturan
kewarganegaraan yang lain dan bukannya jus
soli atau sebagai tambahan kepada jus
soli. Peraturan ini menyediakan
bahawa kewarganegaraan kanak-kanak ditentukan oleh kerakyatan ibu bapa mereka,
tidak kira di mana jua kanak-kanak itu dilahirkan. Hak kewarganegaraaan berdasarkan kerakyatan
ibu bapa kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai jus sanguinis, suatu ungkapan Latin yang bermaksud hak darah.
Pewarganegaraan atau naturalisasi ialah proses
undang-undang yang membolehkan orang asing menjadi warganegara sesebuah negara
yang dipilihnya. Setiap negara
menetapkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh orang asing untuk diberikan
taraf kewarganegaraan melalui cara ini.
Misalnya, orang asing tidak boleh menjalani pewarganegaraan di Amerika
Syarikat dan Kanada, kecuali orang asing itu tinggal di negara itu untuk beberapa
tahun.
Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan menyatakan
bahawa kewarganegaraan adalah melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu tiap-tiap
orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan
menurut kuasa peruntukan dan tiap-tiap prang yang pada hari atau selepas Hari
Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Perlembagaan.
Selain itu, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kewarganegaraan
diperoleh melalui pendaftaran (isteri dan anak warganegara). Seseorang wanita yang suaminya ialah
warganegara Malaysia, maka wanita itu berhak didaftarkan sebagai warganegara
jika perkahwinan itu masih wujud.
Kerajaan Persekutuan juga boleh, dalam apa-apa hal keadaan
khas yang difikirkannya patut, menyebabkan mana-mana orang yang di bawah umur
21 tahun didaftarkan sebagai warganegara.
Malaysia juga mengamalkan kewarganegaraan melalui
naturalisasi seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan boleh memberikan
perakuan naturalisasi kepada orang yang bukan warganegara berumur 21 tahun atau
lebih. Pemberiaan ini berdasarkan bahawa
Kerajaan Persekutuan bepuas hati bahawa orang itu telah dia telah bermastautin di
Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian
secara tetap jika diberikan perakuan itu; berkelakuan baik; dan mempunyai
pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.
Bagaimana Kerakyatan Diberikan
Secara prinsip, kerakyatan atau kewarnegaraan diberikan melalui kelahiran
di dalam wilayah sesebuah negara atau menerusi keturunan jika kanak-kanak
memperoleh kerakyatan atau kewarganegaraan ibu bapa. Dalam sesetengah keadaan, seseorang diberikan
kerakyatan atau kewarganegaraan menerusi kedua-duanya, iaitu kelahiran dan
keturunan. Orang yang menjadi
pemastautin untuk tempoh yang panjang di sesebuah negara atau orang yang
mewujudkan ikatan lain, seperti perkahwinan dengan seseorang warganegara
sesebuah negara juga layak memperoleh kewarganegaraan melalui naturalization.
Ada dua prinsip yang digunakan secara lazim untuk memberikan
kewarganegaraan apabila seseorang itu dilahirkan yang dalam istilah
undang-undang disebut jus soli dan jus sanguinis. Atau disebut “undang-undang tanah” dan
“undang-undang darah.” Jus soli memperuntukkan bahawa sesiapa
yang lahir di dalam wilayah sesebuah negara mempunyai hak kewarganegaraan
negara berkenaan, kecuali beberapa pengecualian lazim, seperti anak-nak
diplomat asing. Jus sanguinis menganugerahkan kewarganegaraan kepada kanak-kanak
yang ibu bapa mereka merupakan warganegara di negara berkenaan. Bagi mereka yang tidak menerima
kewarganegaraan ketika lahir atau perlu menukar kewarganegaraan, kebanyakan
negara membenarkannya, sekurang-sekurangnya secara prinsip, perolehan taraf
kewargeraan melalui naturalization. Di sesetengah negara, wujud juga peluang
terbatas untuk memperoleh kewarganegaraan oleh proses yang paling sederhana (simpler process) yang dikenali sebagai
“pendaftaran” atau “perisytiharan.”
No comments:
Post a Comment