Pages

Sunday, June 16, 2013

Teknologi dan Bahasa

AHAD,  16 Jun 2013
Oleh:   ZULKIFLI SALLEH


Kemunculan Internet pada tahun 1990-an bersama-sama rempuhan globalisasi yang menyaksikan hegemoni bahasa Inggeris, timbul kebimbangan bahawa hal ini mengancam bahasa lain di dunia, termasuk bahasa Melayu.  (Sebenarnya, globalisasi berlaku lebih awal, paling tidak, bersama-sama kapitalisme).  Namun, yang berlaku, adanya teknologi seperti itu, misalnya +Google, bukan sahaja  membantu perkembangan bahasa, dan menyelamatkan bahasa tertentu daripada terancam, atau pupus.

S.A.P. yang menulis dalam +The Economist mengetengahkan dua perisian pembelajaran bahasa, iaitu pertama Duolingo yang beliau gunakan untuk belajar bahasa Perancis selama lapan bulan sekarang,  Satu lagi, ialah Babbel, yang beliau gunakan untuk belajar bahasa Belanda.    

Duolingo yang dapat digunakan secara percuma, menurut S.A.P., pengajaran dan pembelajaran dapat diperoleh untuk belajar bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman, Italy, dan Portugis.  Duolingo mempunyai smartphone app percuma juga menawarkan semua kandungan percuma, seperti laman Web. App ini, menurut beliau lagi, amat canggih. Selain itu, seseorang itu boleh membandingkan kemajuannya mempelajari bahasa berkenaan  dengan kawannya melalui Facebook.

Sebaliknya, Babbel, menurut S.A.P., tidak diberikan percuma: para pengguna dikenakan bayaran daripada AS$7.45 kepada AS$12.95 sebulan. Namun, bayaran ini masih rendah jika dibandingkan dengan Rosetta Stone, yang mengenakan bayaran AS$239 langganan setahun, atau AS$25 sebulan, dengan jualan dan diskaun yang kerap.  Sebagai tambahan untuk enam bahasa yang juga ditawarkan oleh Duolingo, Babbel mempunyai bahasa Sweden, Turki, Belanda, Indonesia, Norwey, dan Denmark.  Semua bahasa itu tidak dibangunkan sebaik bahasa Sepanyol atau Perancis, tetapi banyak pengguna akan berasa bersyukur bahawa bahasa itu wujud sama sekali.  Tidak seperti Duolingo, pengajaran dan pembelajaran Babbel, pertamanya memberikan tumpuan terhadap membina kemahiran perbualan asas. 

Pagi tadi, melalui Facebook saya mengemukakan ulasan ringkas saya bahawa untuk belajar bahasa, kalau dalam konteks Malaysia, bahasa Inggeris, teknologi seperti dapat dimanfaatkan, dan dengan itu, tidak semesti menggesa kerajaan memperkenalkan sesuatu dasar.  Di sini, saya ingin menambah bahawa untuk mengembangkan bahasa Melayu, khususnya di peringkat global, Duolingo dan Babbel dapat dimanfaatkan, dan dengan itu, tidak terlalu bergantung pada tenaga pengajar semata-mata.

No comments:

Post a Comment