Pages

Saturday, June 8, 2013

Siapakah Pembaca Majalah Anda?

SABTU,  8  Jun 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Bagi warga permajalahan, baik staf editorial mahupun pemasaran, persoalan penting yang mereka hadapi adalah untuk mengenal pasti siapakah pembaca majalah mereka.    

Pengalaman berkhidmat sebagai ketua editor majalah dan seterusnya pengarah penerbitan di Dewan Bahasa dan Pustaka, saya selalu mengingatkan bahawa dalam melakukan penjenamaan semula ataun lebih tepat reposition, sesebuah majalah, pastikan para pembaca yang sedia ada dapat dikekalkan, sebelum keterujaan untuk mewujudkan golongan pembaca baru.  Silap percaturan, "yang dikejar tak dapat dapat, yang dikendung keciciran."

Ronnie Koenig yang menulis dalam The Atlantic, mendedahkan pengalamannya sebagai  ketua editor  Playgirl   tentang keinginan kaum wanita.  Koenig pernah diminta menulis "naskhah budak laki-laki" yang mengiringi gambar berbogel lelaki yang begitu berotot sedang berlari dengan berbogel di gumuk.\

"Siapakah sebenarnya membaca Playgirl?" - soalan yang sentiasa menghantui Koening ketika berkhidmat di majalah tiu, tempat akhirnya beliau menjadi ketua editor.  "Saya tahu apa yang dimaksudkan," jelas Koenig, "tidak ada wanita yang lurus yang berfikir secara waras akan secara sukarela melihat alat kelamin lelaki yang berbogel."  Beliau juga sedar akan baris ulang lama bahawa "lelaki adalah visual" dan wanita memerlukan kaitan emosi untuk menajdikan seluar dalam mereka basah.

Koenig juga memetik kajian terbaharu yang menyokong pandangannya bahawa sebagaimana  lelaki, otak wanita memberikan  respons yang pantas terhadap  gambar erotik. Meskipun wanita tidak tertarik pada  halaman penuh gambar zakar, seperti lelaki mungkin melihat gambar kemaluan wanita dalam kelucahan, didapati keinginan seks lelaki dan wanita adalah hampir sama jika dibandingkan dengan perbezaan.

Memang tidak mudah untuk mewujudkan usul untuk seksualiti, dan Koenig mengakui bahawa banyak wanita tidak tertarik pada imej pada kulit depan Playgirl, namun jika sesuai dengan orangnya, badan lelaki yang berbogel boleh menjadi benar-benar apakah yang wanita mahu.

No comments:

Post a Comment