Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan terbaharunya, Global Financial Stability Report, seperti yang dipetik oleh +The Guardian, mengingatkan bahawa ekonomi dunia menghadapi risiko krisis kewangan yang lebih teruk.
Sementara itu, dalam World Economic Outlook yang dikeluarkan pada 16 April, IMF mengkritik langkah jimat-cermat United Kingdom yang banyak membawa keburukan terhadap ekonomi negara itu. Carta harian +The Economist, yang memetik laporan itu menunjukkan bahawa tinjauan pertumbuhan ekonomi di Barat muram, dengan output di seluruh dunia dijangkakan tumbuh sekadar lebih sedikit daripada tiga peratus pada tahun 2013.
Namun, negara kaya dijangkakan mencatatkan pertumbuhan yang lebih daripada pertumbuhan global, iaitu hanya berkembang sekadar 1.2 peratus. Sebaliknya, pertumbuhan dalam pasaran sedang muncul akan melebihi lima peratus, dengan Asia dan Afrika Sub-Sahara memacu pertumbuhan, masing-masing tujuh peratus dan 5.6 peratus.
No comments:
Post a Comment