Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Presiden Hugo Chavez yang meninggal dunia baru-baru ini, yang turut dicatatkan oleh Tariq Ali, menurut Selma James dan Nina Lopez, tahu bahawa revolusi yang beliau cetuskan bergantung pada wanita; demikian juga Presiden Tanzania dan Haiti, yang mendapat faedah dengan mengetengahkan wanita. Bersempena Hari Wanita Antarabangsa (+International Women's Day), +Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), menulis bagaimana untuk meningkatkan lagi peluang ekonomi wanita, manakala data blog The Guardian, memetakan hak politik wanita di seluruh dunia.
Sememangnya, diakui bahawa taraf kaum wanita adalah berbeza-beza antara negara, misalnya di India, seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, mereka sering menjadi mangsa keganasan lelaki, antaranya dirogol secara berleluasa. Di negara itu, selain diskriminasi agama, terutamanya terhadap orang Islam, yang kadangkala mencetuskan keganasan, juga wujud diskriminasi jantina.
Tentang taraf wanita, carta harian The Economist mengemukakan indeks siling kaca, yang menunjukkan bahawa di New Zealand, kedudukan mereka adalah lebih baik jika dibandingkan dengan beberapa buah negara lain di dunia. Diikuti oleh Norway, Sweden, Kanada, dan Australia, untuk lima buah negara teratas. Negara yang paling teruk dari segi taraf wanita ialah Korea Selatan, disusuli oleh Jepun, Switzerland, Republik Czech, dan Italy - untuk lima buah negara paling bawah.
Carta harian yang menunjukkan negara yang kaum wanita hidup lebih baik, mendapat ulasan Olga Khazan yang menulis dalam +The Atlantic.
No comments:
Post a Comment