Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kadar pengangguran di Amerika Syarikat untuk Februari tahun ini, dilaporkan jatuh kepada 7.7 peratus, terendah dalam masa empat tahun, meskipun negara itu terjebak dalam siling hutang dan defisit.
Guna tenaga bulan laly meningkat 236,000 pekerjaan selepas disemak 119,000 pekerjaan pada Januari yang lebih kecil daripada anggaran pertama, menurut angka Jabatan Buruh negara itu. Ramalan median 90 ahli ekonomi yang ditinjau oleh +Bloomberg diunjurkan terlebih dahalu 165,000 pekerjaan. Kadar pengangguran adalah yang terendah sejak Disember 2008, jatuh daripada 7.9 peratus.
Sementara itu indeks Purata Perindustrian Dow Jones (Dow) terus memperkukuh kedudukannya dalam wilayah lebih 14,000 mata apabila ditutup pada 14,329.49 mata pada hari Khamis, sehari sebelum pengumuman tentang pekerjaan di Amerika Syarikat. Pagi ini (waktu di New York, malam di Malaysia), Dow meningkat kepada 14,356.33 mata.
Walau bagaimanapun, Dow yang tinggi ini, Heidi Moore mengingatkan, jangan disalahtafsirkan sebagai pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat. Dengan kata lain, kerancakan pasaran saham tidak mencerminkan ekonomi sebenar.

No comments:
Post a Comment