Pages

Wednesday, February 13, 2013

Pope Benedict XVI: Krisis Kewangan Global dan Kapitalisme

RABU, 13 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Sejak dua hari lalu, heboh dengan berita pengumuman perletakan jawatan Pope Benedict XVI atas alasan kesihatan, memang "mengejutkan, tetapi tidak mengejutkan sepenuhnya," ulas Alexander Stille.  Pope pertama yang meletakkan jawatan dalam masa hampir 600 tahun, catat lembaga editor The Washington Post, kerana kebanyakannya meninggal dunia dalam perkhidmatan.  Walau bagaimanapun, beliau meninggalkan kedudukannya dengan kegagalan moral.

Dalam tempoh perkhidmatannya, tercetus krisis kewangan global, dan beliau  tidak berdiam diri terhadap  krisis tersebut, menyeru "pihak berkuasa politik dunia sebenar" untuk pemerhatian yang lebih meluas terhadap pasaran kewangan,  manakala Vatican mencadangkan penubuhan  pihak berkuasa kewangan global yang baru. Pope Benedict pernah mencadangkan pembentukan orde ekonomi dunia baru, seperti yang dilaporkan dalam The New York Times, hampir empat tahun lalu.  Beliau juga diperhatikan menyokong gerakan Menduduki Wall Street.

Dalam perutusan tahun baru 2013, Pope Benedict dilaporkan,  menghentam kapitalisme dan ketidaksamaan antara golongan kaya dengan miskin. 

Namun, Pope Benedict memainkan peranan dalam skandal penyalahgunaan seks yang menggemparkan gereja Katolik beberapa tahun lalu. 


No comments:

Post a Comment