Pages

Tuesday, February 12, 2013

Krisis Kewangan dan Terlalu Besar untuk Gagal

SELASA, 12 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Meskipun lebih empat tahun berlalu jika diambil kira daripada keruntuhan Lehman Brothers pada September 2008, polemik tentang krisis kewangan dan krisis ekonomi belum lagi reda, daripada kepincangan kapitalisme kepada kemelesetan global.  Sementara   di Davos, mesyuarat tahunan yang sepatutnya mencari jalan untuk menyelesaikan krisis yang berlarutan itu bertukar menjadi ketegangan politik, menurut Daniel Gross dalam The Daily Beast, walaupun tatkala ekonomi global masih lemah

J. Bradford DeLong yang menulis dalam blog The Guardian tentang krisis kewangan dan bagaimana mengatasinya. Merentas wilayah Atlantik Utara, hujah DeLong, banker pusat dan kerajaan kelihatan kebanyakannya, tidak berdaya untuk memulihkan guna tenaga penuh untuk ekonomi mereka.  "Eropah terbenam semula dalam kemelesetan tanpa benar-benar pulih daripada krisis kewangan/hutang kedaulatan yang bermula pada tahun 2008.  Ekonomi Amerika Syarikat kini tumbuh 1.5 peratus (kira-kira kurang titik peratusan penuh berbanding yang dijangkakan), dan pertumbuhan mungkin perlahan kerana penguncupan fiskal tahun ini."

Makalah terbaharu yang ditulis oleh Kenneth Rogoff, mengingatkan supaya sesiapa tidak menyalahkan Rizab Persekutuan kerana gagal meramalkan krisis kewangan, bahkan jika Rizab Persekutuan lebih memahami risiko itu, tetapi tidak mudah untuk mengelakkan krisis itu sendiri.

Turut dibahaskan tanpa kesudahannya  yang berkait rapat dengan  krisis kewangan, atau saling lengkap melengkapi antara satu sama lain,  ialah "kucing gemuk" yang terlalu besar untuk gagal, dengan banker  bertindak yang didapati melakukan kesalahan dibiarkan bebas, manakala bank-bank yang lazimnya  sangat berkuasa sukar dikawal, dan   Bank-bank bukan sahaja gagal dipecahkanbahkan dibiarkan bebas dengan kesalahan yang dilakukan.  Selain itu, 16 buah bank disiasat kerana disyaki terlibat dalam skandal Libor, tetapi seperti lazim, terlalu besar untuk dipenjarakan.

Melihat tindak-tanduk bank mega Amerika Syarikat,  Simon Johnson dengan nada yang penuh kritis dan sinis, mempersoalkan siapakah yang menentukan bahawa bank tersebut terlalu besar untuk gagal.  Beliau meragui Jabatan Kehakiman negara itu untuk bertindak terhadap sesiapa sahaja dan mana-mana pihak yang terlibat dalam krisis kewangan tahun 2008.



No comments:

Post a Comment